Sah! Suruhanjaya Diraja siasat kes video klip
Oleh Wartawan KLpos.com
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata penubuhan suruhanjaya itu difikirkan wajar berdasarkan laporan panel khas yang menyiasat kesahihan klip video itu baru-baru ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata penubuhan suruhanjaya itu difikirkan wajar berdasarkan laporan panel khas yang menyiasat kesahihan klip video itu baru-baru ini.
Abdullah berkata penubuhan Suruhanjaya Diraja tersebut berasaskan laporan yang diterima oleh Panel Bebas yang dilantik kerajaan sebelum ini.
Menurutnya lagi, maklumat lanjut mengenai penubuhan Suruhanjaya Diraja tersebut seperti ahli-ahlinya dan ruang lingkup siasatan akan hanya diumumkan minggu hadapan.
Ini kali pertama Suruhanjaya Diraja ditubuhkan di zaman pentadbiran Abdullah sebagai perdana menteri.
Klip video tersebut pertama kali didedahkan kepada umum oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau kemudiannya mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat perkara tersebut.
SEMENTARA ITU, Anwar akan menghadiri satu forum di Hotel Federal Bukit Bintang malam ini untuk bercakap berhubung krisis kehakiman. Selain beliau turut hadir adalah bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas.
Seorang pegawai Anwar memberitahu KLpos, Anwar akan mengulas perkembangan terbaru tersebut malam ini.
"Satu kenyataan media juga akan dikeluarkan secepat mungkin," kata pegawai tersebut.
Anwar baru pulang dari lawatan ke luar negara. Beliau dipercayai tiba lewat petang tadi dari
Sebelum ini, KLpos.com menyiarkan kenyataan Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar Khalid Jaafar bahawa kehadiran video tersebut sungguh mencemarkan institusi kehakiman
Sekiranya pentadbiran Abdullah Badawi jujur ingin mengembalikan kewibawaan institusi kehakiman Tun Ahmad Fairuz perlu dihadapkan kepada tribul hakim-hakim
"Dalam konteks perbualan dalam video klip tersebut jelas bahawa perbualan tersebut adalah antara V K Lingam dan Tun Ahmad Fairuz,” kata Khalid ketika dihubungi oleh klpos.com
“Apa yang terbayang dari video klip tersebut adalah V K Lingam memainkan peranan sebagai dalang kepada perlantikan dan kenaikan pangkat hakim-hakim termasuk Ketua Hakim Negara.
”Ini menjadikan Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim yang terlibat terhutang budi kepada peguam tersebut,” tambah Khalid.
“Sekiranya pentadbiran Abdullah Badawi jujur ingin mengembalikan kewibawaan institusi kehakiman Tun Ahmad Fairuz perlu dihadapkan kepada tribul hakim-hakim,” kata beliau lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan