Himpunan 10 Nov: Unit Amal
Oleh Herman Samsudeen
HIMPUNAN Aman pada Sabtu 10 November di Dataran Merdeka anjuran BERSIH akan tetap diteruskan. Walaupun pihak penganjur menerima begitu banyak ancaman, namun tuntutan
Khairi Jamaluddin, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pula telah mengarahkan pihak Polis membuat tangkapan terhadap pimpinan dan peserta Himpunan. Arahan ini adalah suatu yang biadap dan tidak rasional kerana himpunan ini adalah hak dan kebebasan rakyat. Rakyat berhak berada di mana sahaja mereka berada dan pemuda UMNO tidak berhak untuk menghalang perhimpunan ini.
Ketakutkan semakin terserlah di wajah pimpinan UMNO kerana himpunan ini. Khairi yang pada mulanya mencadangkan untuk pemuda UMNO turun berdepan dengan Himpunan BERSIH ini akhirnya mengaku kalah dalam ucapan yang sama dan mengakui bahawa pemuda UMNO tidak mampu berhadapan dengan 100 ribu rakyat.
Oleh itu, beliau tiada pilihan dan kemungkinan besar Polis akan dijadikan kuda tunggangan mereka bagi menghadapi peserta himpunan aman ini.
Kepada pihak Polis, kami mengingatkan agar mereka tidak membiarkan diri mereka diperkudakan lagi. Ini adalah himpunan rakyat, dan pihak Polis juga dialu-alukan bagi menyertai rakyat dalam himpunan ini atas jiwa mereka sebagai rakyat yang prihatin terhadap masa depan negara ini.
Diperingkat PAS pula, seramai 2000 orang petugas Unit Amal Malaysia yang beruniform dan tidak beruniform akan berkawal bagi memastikan tiadanya provokasi dan kekecohan yang boleh memburukkan imej perhimpunan ini. Kita datang dengan ama dan Unit Amal akan membantu kita.
Jika ada kalangan peserta yang
Kita yakin, bahawa terdapatnya konspirasi terancang bagi mensabotaj himpunan ini dan kita juga telah bersiap sedia bagi menghadapi perhimpunan ini.
Kepada peserta perhimpunan yang masih ragu lagi, pihak penganjur juga telah menyediakan barisan peguam yang cekap untuk menjamin dan membela anda sekiranya ditangkap.
Pastikan anda hadir dengan aman dan segalanya akan berjalan secara aman!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan