HALAMAN SANTAI

Khamis, 22 November 2007

Kerajaan Bangladesh Mengambil Tindakan Atas Syarikat Empunya Menteri Kabinet

Parti Keadilan Rakyat (keADILan) pada hari ini menyuarakan kekecewaan terhadap pihak polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana ia masih lagi enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat milik Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato Mohd Zin bin Mohamed. Laporan mengenai kes tersebut telah dibuat pada tahun 2001.

“Syarikat Silkway Cargo yang dipengerusikan oleh Mohamed Zin telah pun diambil tindakan undang-undang kerana terbukti menjalankan pemindahan wang secara haram (money laundering) di antara kedua-dua negara; Malaysia dan Bangladesh,” kata Faisal Mustaffa, Setiausaha Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kelana Jaya, dalam kenyataan media.Menurut beliau, pengarah Urusan Silkway Cargo (agen kepada Syarikat Penerbangan Malaysia, MAS), SK Farid Ahmed (Manik) telah mengaku memberi rasuah kepada dan memindahkan wang secara haram kepada Mohamed Zin sebanyak lebih daripada 50 crore dari Bank Negara Bangladesh.

“Sungguhpun memegang jawatan Timbalan Menteri, Zin berterusan menjalankan urusniaga melalui sebuah syarikat asing yang mana perbuatan ini bertentangan dengan sumpah yang dibuat apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri,” kata Faisal lagi. “Jenayah ini telah dilaporkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Pengarah BPR, Datuk Seri Zulkipli Mat Noor tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap Zin.”

Faisal berkata bahawa beliau percaya bahawa Zin tidak pernah mengisytiharkan pendapatan yang beliau perolehi dari sumber asing kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.”Jenayah ini telah dilaporkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Pengarah BPR, Datuk Seri Zulkipli Mat Noor tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap Zin.”

Faisal juga menyenaraikan harta-harta yang dimiliki oleh Zin, yang termasuk beberapa rumah bungalow serta kereta mewah Mercedes, BMW dan Porsche. “KeADILan Kelana Jaya mendesak supaya tindakan undang-undang diambil kepada Zin dengan segera sepertimana tindakan yang sama diambil terhadap Pengarah Urusannya di Bangladesh,” kata beliau lagi.

Tiada ulasan: