HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Januari 2008

TIM bantah Suruhanjaya teruskan prosiding secara tertutup.
Harakahdaily.


KUALA LUMPUR (Hrkh) - Presiden Transparency International Malaysia, Tan Sri Ramon Navaratnam membantah tindakan Suruhanjaya DiRaja siasatan Pita Lingam yang mengambil keputusan untuk meneruskan prosiding dalam keadaan tertutup.

"Ia merupakan satu keputusan yang malang dari sudut ketelusan, integriti dan kebertanggungjawaban," katanya menurut laporan akhbar Sunday Star 27 Januari lalu.

Beliau berkata, isu yang menjadi bahan siasatan merupakan isu perhatian ramai, melibatkan perlantikan hakim dan integriti badan kehakiman.

Justeru katanya, keadilan mesti dapat dilihat dilakukan dalam hal ini.

Apabila ditanya tentang kepentingan untuk melindungi individu yang tidak bersalah daripada diseret dalam kancah kontroversi isu tersebut, Navaratnam berkata, dalam hal ini beliau yakin tentang kebijaksanaan ahli suruhanjaya yang ada untuk menentukan apa yang relevan dan apa yang tidak dalam prosiding terbuka.

"Jika soalan yang dikemukakan tidak kena, mereka boleh menghentikannya, atau jika jawapannya tidak relevan, ia boleh digugurkan. Itulah cara sebaiknya," kata beliau.

Pada 25 Januari lalu, Setiausaha Surahanjaya DiRaja siasatan Pita Lingam, Dato' Abdullah Sani Ab Hamid berkata suruhanjaya tersebut mengambil keputusan untuk meneruskan prosiding dalam keadaan tertutup.

Tindakan ini diambil katanya bagi mengelakkan keterangan yang diberikan dalam posiding disensasikan terlebih dahulu oleh media sebelum ia dapat ditentukan sama ada ia relevan atau sebaliknya. - mns

Tiada ulasan: