HALAMAN SANTAI

Jumaat, 25 Januari 2008

80 kakitangan profesional Melayu JKR ditamatkan kontrak.
Harakahdaily.



KUALA LUMPUR (Hrkh) - Nasib malang menimpa lebih kurang 80 orang kakitangan profesional yang berkhidmat dengan di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR), dekat sini apabila khidmat mereka akan ditamatkan akhir bulan ini.

Perkhidmatan mereka secara kontrak dengan JKR bermula sejak setahun lalu bagi memastikan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) dapat dijayakan dengan lancar.

Menurut sumber, kontrak kakitangan profesional berkenaan tidak disambung disebabkan Kementerian Kewangan tidak bersetuju dengan cadangan JKR untuk melanjutkan perkhidmatan mereka. Alasan yang diberikan ialah kerjaan tiada peruntukan kewangan.

"Sayang sekali, hampir semua mereka terdiri daripada siswazah yang memperolehi keputusan cemerlang. Mereka juga telah dilatih dengan sebaiknya dan cukup koimted dengan kerja yang diamanahkan," tambah sumber.

"Amat malang bagi negara yang terpaksa kehilangan tenaga profesional Melayu berbakat.

"Lebih sedih kerana ada sebahagian daripada mereka yang kehilangan kerja itu terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan yang dirancang lebih awal," ujar sumber itu lagi, sambil mengharapkan kerajaan dapat mengekalkan khidmat mereka yang cemerlang itu.

Tiada ulasan: