HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 Januari 2008

Tiket bas ekspres naik sampai 100 peratus.


PULAU PINANG - Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) menarik balik permit ejen syarikat bas ekspres yang mengambil kesempatan menaikkan harga tiket bas sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Gesaan itu dibuat selepas CAP mendapati sudah ada pihak yang menjual tiket bas hampir dua kali ganda lebih mahal untuk perjalanan pada musim perayaan itu.

Antaranya ialah tiket bas dari Pulau Pinang ke Johor Bahru dijual RM80 hingga RM110 sedangkan harga sebelum ini RM60.

Tiket bas dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur pula dijual antara RM35 hingga RM40 berbanding harga asal RM25 hingga RM30

Serentak dengan itu, Presiden CAP, S. M. Mohamed Idris dalam satu kenyataan semalam mahu JPJ dan LPKP memantau dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Katanya, pihak berkuasa perlu memastikan ejen mempamerkan harga tiket di kaunter tempahan di samping menyediakan talian hotline bagi memudahkan orang ramai mengemukakan aduan.

Tiada ulasan: