Peruntukan RM350,000 masjid di Ijok jadi tanda Tanya.
Saidah Hairan.
IJOK (Hrkh) - Ketua Kampung Rantau Panjang diminta menjawab apa yang didakwa penyelewengkan wang peruntukan membina masjid, surau dan sekolah agama Taman Purnama, Rantau Panjang sebanyak RM350,000 yang diserahkan ketika kempen pilihan raya Dun Ijok, 28 April tahun lalu.
Sumber memaklumkan kepada Harakahdaily berikutan tinjauan yang disiarkan dalam Harakah edisi 1352 berhubung keadaan tapak masjid Taman Purnama yang sudah ditumbuhi lalang.
Menurut sumber itu, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah menyerahkan peruntukan tersebut kepada Ketua Kampung Rantau Panjang.
Bagaimanapun, kata sumber itu, ketika penduduk mengusulkan perkara tersebut kepada Ketua Kampung, beliau mengatakan sebahagian peruntukan itu dibelikan van jenazah berharga RM70,000 secara tunai.
"Malangnya van jenazah itu sampai sekarang kita tidak nampak," kata sumber itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan