HALAMAN SANTAI

Khamis, 24 Januari 2008

Beza perhimpunan Hindraf dengan kegagalan himpunan PM-MIC
Oleh Suhaimi Said.



Perhimpunan MIC membodek PM GAGAL, gagal segagalnya.

Media pro kerajaan kata 15,000, ertinya tak ampai 5000 lah tu…. Katalah 15,000. Ia tetap gagal, sebab PERGI-BALIK free. Bas free, makan free, minum free, ada wang poket lagi.

Polis galakkan, media galakkan, surat khabar, tv semua galakkan, tiada halangan atau sekatan. Polis bantu habis-habisan !.

Bandingkan dengan HIMPUNAN HINDRAF.

Pergi-balik belanja sendiri.
Makan-minum belanja sendiri
Kereta kena tahan, kena geledah, kena pusing balik.
Surat khabar dan tv ugut supaya jangan datang, kalau datang diugut kena
tangkap
Diugut perhimpunan haram
Polis sembur air racun
Polis sembur gas
Polis pukul
Polis tangkap
Polis Kejar
Polis sekat
Polis tahan

Tapi lebih 30000 orang berjaya hadir, yang tak sampai ke lokasi ada puluhan ribu lagi.

Tiada ulasan: