Eksklusif: Desa Rejang banjir lagi.
Oleh Wartawan KLpos.com.
Kuala Lumpur: Tidak sampai dua minggu, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak, dilanda banjir lumpur yang mengakibatkan kekotoran yang melampau di kawasan berkenaan, malam tadi. Menurut salah seorang penduduk, Abdul Zaidi Jamalludin, hujan pada lebih kurang 8.30 malam tadi telah mengakibatkan banjir dikawsan ini kali kedua dalam bulan ini.
"Ini sudah kali kedua rumah kami banjir, ianya menyusahkan kami," katanya ketika ditemui KLpos.com.
Zaidi berkata, air kali ini naik dengan cepat, tidak sampai 15 minit hujan lebat, air sudah setinggi lutut.
Pada 17 Januari lepas, kawasan berkenaan dilanda banjir yang sama apabila dinding konkrit Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) yang sedang dibina tumbang dan menghempap paip itu menyebabkan kawasan perumahan berkenaan dilanda banjir kilat apabila air sehingga paras lutut.
Salah seorang penduduk yang lain, Sharizat Shafie berkata, sewaktu hujan lebat, beliau dikejutkan dengan jeritan beberapa penduduk yang meminta mereka mengalihkan kenderaan mereka kerana ada kawasan di perumahan berkenaan dinaiki air.
"Dengan keadaan tergesa-gesa saya turun kebawah dan mengalihkan kenderaan," katanya.
Katanya lagi, ada kenderaan yang tidak dapat dialihkan kerana air sudah naik menengelamkan setengah dari kenderaan berkenaan.
"Ada penduduk yang tidak boleh alihkan kenderaan kerana air sudah naik dengan tinggi," katanya.
Menurut laporan Bernama, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Abdul Halem Mat Som berkata banjir di kawasan perumahan ini bukan lah berpunca daripada masalah paip.
Katanya, banjir kilat di kawasan berkenaan adalah di sini akibat limpahan air hujan daripada longkang di kawasan berhampiran.
Tinjauan mendapati pagi tadi, kawasan perumahan ini masih lagi teruk dan beberapa orang pekerja DBKL sedang giat membersihkan kawasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan