HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Januari 2008

Polis ugut tahanan wanita pakai baju banduan.
Saidah Hairan.


KUALA LUMPUR (Hrkh) - Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Atirah al-Jundi membuat laporan polis berhubung ugutan anggota polis wanita supaya memakai pakaian tahanan ketika dimasukkan ke dalam lokap Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah, dekat sini.

Dalam laporan polis itu, Aiman Atirah memaklumkan bahawa empat anggota polis wanita mengarahkan semua tahanan wanita mengikut mereka ke pusat tahanan reman iyu pada jam 2.40 pagi Ahad. Pada masa sama, anggota polis lelaki telah bertindak kasar termasuk menggari dan mengheret tahanan lelaki.

Beliau berkata, anggota polis wanita yang hanya dikenali sebagai Milah telah mengeluarkan kenyataan ugutan kepadanya dan beberapa tahanan wanita lain untuk melakukan kekasaran seperti yang dilakukan terhadap tahanan lelaki.

"Anggota polis wanita itu juga mengugut supaya pakaian kami perlu ditanggalkan apabila masuk ke dalam lokap," katanya ketika menghubungi wakil Harakah yang berada di hadapan lokap berkenaan.

Beliau turut memaklumkan seramai 11 tahanan wanita telah dimasukkan ke dalam lokap bersama dengan 72 orang tahanan dari negara China, Peru, Indonesia, Filipina dan lain-lain.

Sementara itu, difahamkan wartawan Malaysiakini, Syed Jaymal Zahiid masih ditahan sementara menunggu keputusan reman dibuat.

Malaysiakini memetik kenyataan AFP yang melaporkan polis enggan memberitahu mengapa Syed Jaymal ditahan ketika beliau meminta maklumat dari seorang pegawai polis semalam.

Kerajaan enggan memberi pas rasmi kepada wartawan Malaysiakini bagi membolehkan mereka menghadiri majlis-majlis rasmi.

"Ia menunjukkan pihak polis tidak menghormati hak wartawan untuk menjalankan tugas mereka," kata Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan.

"Mereka sepatutnya membebaskannya sebaik sahaja dia memperkenalkan dirinya sebagai wartawan," katanya kepada AFP.

Tiada ulasan: