Cif Inspektor ditahan BPR kerana terima wang suapan.
MELAKA: Seorang Cif Inspektor polis dari Negeri Sembilan ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah Melaka di sini Isnin kerana disyaki menerima suapan RM600 berhubung satu kes yang dibawa ke mahkamah.
Penahan pegawai berusia 49 tahun itu adalah ekoran penangkapan seorang anggota berpangkat koperal yang bertugas di balai yang sama dengannya, demikian menurut sumber.
Cif Inspektor itu ditahan reman sehingga Sabtu ini.
"Anggota berpangkat koperal berusia 45 tahun itu yang ditahan Jumaat lepas dibebaskan dengan jaminan selepas keterangannya," kata sumber itu.
Katanya koperal itu dipercayai meminta suapan sebanyak RM1,000 berhubung kes yang sama.
Pengarah BPR Melaka Idris Zaharudin mengesahkan penahanan Cif Inspektor polis itu tetapi enggan mengulas lanjut. BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan