HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Januari 2008

PAS tanding beberapa kerusi DUN di Sabah.



TAWAU: Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan bertanding di beberapa kerusi saja di Sabah bagi memberi laluan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum akan datang, kata presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Beliau berkata tumpuan PAS ialah kawasan yang mempunyai pengundi majoriti Islam di pantai timur Sabah tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

"Pengagihan kerusi akan dibuat pada masa yang sesuai. Tunggulah kita akan umumkan kemudian," katanya kepada pemberita selepas majlis dialog dengan penyokong Pas di Pusat Tarbiah Pas, Jalan Kuhara dekat sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut sumber, PKR hanya memberi laluan satu kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Merotai kepada Pas pada pilihan raya akan datang.

Hadi berkata Pas akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada PKR di kawasan yang mempunyai kurang pengundi Islam di Sabah.

Di peringkat Parlimen, katanya, Pas yakin menang sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen di seluruh negara. BERNAMA

Tiada ulasan: