HALAMAN SANTAI

Khamis, 31 Januari 2008

34 pelacur asing ditahan di Puchong.



KUALA LUMPUR: Polis menahan 34 wanita warga asing yang berselindung sebagai penghibur di sebuah hotel di Batu 14, Puchong untuk melacur, dalam satu operasi di sini pagi Rabu.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pencegahan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC II Rodwan Mohd Yusuf berkata 16 daripada mereka adalah warga China, Vietnam (12), Thailand (empat) dan masing-masing satu dari Kemboja dan Indonesia berumur antara 19 dan 25 tahun.

Mereka ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi hasil intipan empat jam sejak pukul 5 pagi, katanya kepada pemberita di sini.

Hasil siasatan awal mendapati kesemua wanita itu masuk ke negara ini November tahun lepas menggunakan permit kerja, katanya.

Katanya polis percaya kegiatan mereka didalangi satu sindiket berikutan penemuan tiga laluan rahsia yang digunakan untuk membawa mereka memasuki hotel itu.

Dua lelaki tempatan berumur lingkungan 20an yang dipercayai pekerja hotel itu, turut ditahan untuk membantu siasatan.

Katanya kesemua wanita itu akan disiasat mengikut Seksyen 327 Kanun Keseksaan atas kesalahan melacur. BERNAMA

Tiada ulasan: