HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 Januari 2008

Penerimaan rakyat kepada PM merudum ke tahap paling corot.
Abdul Halim Mohd Rashid.


KUALA LUMPUR (Hrkh) - Penerimaan rakyat kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi merudum ke tahap yang paling bawah.

Menurut soal selidik Merdeka Center, kemerosotan itu mempunyai kaitan dengan keresahan rakyat akibat kenaikan harga barangan, ketegangan hubungan antara kaum dan jenayah yang begitu meningkat.

Dari kajian firma itu, kadar penerimaan rakyat kepada Perdana Menteri menjunam ke tahap 61 peratus Disember lalu, yang paling corot sejak beliau menjadi Perdana Menteri dan merudum 10 peratus berbanding kadar pada bulan sebelumnya.

Kadar 60 peratus dianggap memuaskan dalam demokrasi Barat, tetapi Reuters menyifatkan kadar tersebut tidak boleh dianggap memuaskan di Malaysia di mana pembangkangnya lemah dan media arus perdana pula dikuasai kerajaan.

Kadar penerimaan kepada Perdana Menteri kali ini adalah yang paling buruk berbanding 91 peratus ketika beliau mula mengambil alih kuasa.

Bagaimanapun, pengarah program Merdeka Center, Ibrahim Suffian menyifatkan kadar 61 peratus itu sudah agak tinggi.

Kehilangan sokongan yang paling besar kepada Perdana Menteri adalah dari masyarakat India. - mks.

Tiada ulasan: