HALAMAN SANTAI

Khamis, 24 Januari 2008

Pegawai JPJ Kelantan hanya boleh bawa RM20 wang saku.
Oleh SAZUKI EMBONG.


KOTA BARU: Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan negeri ini hanya akan dibenarkan membawa wang saku sebanyak RM20 ketika menjalankan tugas.

Langkah ini, menurut pengarahny Abdul Ghani Che Kassim, adalah bagi mengekalkan imej bersih jabatan itu daripada dicemar tuduhan rasuah.

Katanya satu panel khas telah ditubuhkan untuk melakukan pemeriksaan terhadap pegawai-pegawai, terutama daripada bahagian penguatkuasaan dan
mereka yang menjalankan ujian memandu.

Pegawai JPJ negeri, katanya, akan diperiksa setiap hari bagi memastikan mereka tidak mempunyai wang saku yang berlebihan.

"Kita boleh bertolak ansur dalam hal ini, dan dalam kes tertentu membenarkan mereka membawa tidak lebih daripada RM50. Bagaimanapun, sesiapa yang didapati mempunyai lebih daripada itu akan disoal siasat," katanya selepas enam kenderaan SUV baru di ibupejabat JPJ negeri Rabu.

Peraturan baru itu, katanya, mula diperkenalkan awal tahun ini dan turut melibatkan semua pegawai tertinggi jabatan itu.

"Kita perlu menjaga nama baik jabatan ini yang belum pernah disiasat atas sebarang salah laku oleh Badan Pencegah Rasuah sebelum ini," tambahnya.

Beliau berkata, pegawai jabatan itu telah diingatkan agar melaporkan sebarang percubaan oleh mana-mana pihak untuk memberi rasuah kepada mereka.

Tiada ulasan: