HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Januari 2008

Jais anggap Haron Din penjenayah Syariah?
Roy Rasul.


KUALA LUMPUR (Hrkh) - Timbalan Murshidul Am PAS, Dato' Dr Harun Din dianggap sebagai penjenayah Syariah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini.

Perkara tersebut dinyatakan dalam sepucuk surat kepada Pengerusi Surau Al-Ulum, Seksyen 9, Kota Damansara pada 15 November lalu bagi mengarahkan pembatalan ceramah yang disampaikan Dato' Harun pada 17 November lalu.

Dalam kandungan surat tersebut Jais berkata, Dato' Harun Din tidak mempunyai tauliah berceramah di Negeri Selangor terutama di masjid dan surau-surau.

Kata Jais, larangan mengajar atau berceramah tanpa tauliah telah termaktub dalam enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 seksyen 14 (1).

"Dari isi kandungan surat itu menggambarkan, Dato' Harun Din merupakan penjenayah Syariah," kata seorang jemaah surau tersebut yang menghubungi Harakah baru-baru ini. - mns

Tiada ulasan: