Mengimbas kembali manifesto BN dalam pilihan raya 2004.
Oleh : Ruhanie Ahmad.
Dalam PRU11, para pengundi juga terpesona dengan retorika Abdullah yang menyifatkan dirinya sebagai “hamba no. 1 negara.” Retorika ini digandingkan pula kata-kata puisi “aku cari bukan wang berjuta-juta, untuk hidup bergaya; aku cari bukan kawan-kawan, untuk hidup sekadar berfoya-foya.”
Baru-baru ini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat jelata, menerusi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, memberikan semula mandat kepada Barisan Nasional untuk menerintah Malaysia.
Permintaan ini disuarakan sewaktu rakyat jelata amat resah dan gelisah mengenai kepimpinan Abdullah yang disifatkan oleh banyak pihak sebagai lemah dan didakwa pula sebagai dimanipulasikan oleh segolongan individu yang rapat dengannya.
Permintaan ini juga diluahkan oleh Abdullah sewaktu populariti beliau - menurtu satu survey Merdeka Centre - sedang berada di tahap yang paling rendah sekali sejak beliau memegang teraju kepimpinan Malaysia.
Maka terserahlah kepada kebijaksanaan rakyat jelata untuk memenuhi permintaan tersebut. Kuasa undi merekalah yang akan menentukannya.
Hamba No. Satu
Bagaimanapun, wajar diimbas semula beberapa aspek penting manifesto BN dalam PRU11. Antaranya adalah seperti berikut”
BN memenuhi tuntutan rakyat dengan memerangi rasuah dan memperbaiki mutu perkhidmatan kerajaan.
BN menyokong anda ”Saya adalah hamba no. 1 negara”
Dalam manifesto BN untuk PRU11, rasuah diberikan fokus paling utama. Bagaimanapun, inilah realitinya pada ketika ini:
Pada 2005, Political and Economic Risk Consultancy Ltd. (PERC) berpangkalan di Hong Kong mendapati bahawa indeks rasuah di Malaysia kian merosot. Pada tahun 1996, Malaysia berada di tangga keempat dengan score 5 daripada 10 mata. Pada 2005, ranking Malaysia merosot kepada tangga keenam dengan score 6.8 daripada 10 mata.
Merosot
Pada 19 November 2006, Bernama pula melaporkan bahawa Corruption Perception Index (CPI), Malaysia, yang disediakan oleh Transparency International kian merosot daripada tangga 39 kepada tangga 39.
Pada 14 Mac 2007, The Star pula melaporkan bahawa “Malaysia’s economy is perceived by foreign businessmen to be more corrupt this year compared to last year, according to an annual survey carried out by Hong Kong-based Political and Economic Risk Consultancy (PERC).”
Menurut akhbar berkenaan, tahap rasuah di Malaysia mengikut PERC pada 2006 adalah 6.13. Bagaimanapun score ini baik sedikit daripada 2005 - 6.8 mata.
Seluruh hakikat di atas membuktikan bahawa janji BN untuk memerangi rasuah sebagaimana termaktub dalam manifesto PRU11 adalah mengecewakan.
Mr. Clean?
Dalam PRU11, para pengundi juga terpesona dengan retorika Abdullah yang menyifatkan dirinya sebagai “hamba no. 1 negara.” Retorika ini digandingkan pula kata-kata puisi “aku cari bukan wang berjuta-juta, untuk hidup bergaya; aku cari bukan kawan-kawan, untuk hidup sekadar berfoya-foya.”
Kata-kata di atas menyakinkan majoriti pengundi bahawa Abdullah memang benar-benar “Mr. Clean” yang wajar diberikan sokongan penuh untuk membasmi korupsi di Malaysia.
Bagaimanapun, realitinya pada hari ini adalah amat mengecewakan. Lantas, adakah rakyat jelata akan terus memberikan mandat yang dipinta oleh Abdullah menerusi PRU12? Adakah “Mr. Clean” dan “hamba no. 1 negara” ini masih terus putih dan bersih hingga ke saat ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan