HALAMAN SANTAI

Khamis, 31 Januari 2008

Jangan putar belit fakta : Anwar cabar Najib!
Wan Nordin Wan Yaacob.


KUALA LUMPUR (Hrkh) - Mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim mencabar TPM, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak agar tidak hanya memutar belitkan fakta-fakta berhubung pelbagai dakwaan Anwar ke atas kerajaan Umno/BN.

Malahan beliau mengalukan untuk dinilai prestasinya sewaktu mejawat Menteri Kewangan selama lapan tahun secara terbuka.

Anwar yang mengadakan sidang media di pejabatnya di Petaling Jaya semalam berkata beliau tidak takut dengan kenyataan Najib itu malah mencabar secara terbuka.

"Saya tidak ada masalah kalau dia (Najib) nak nilai, dia boleh nilai, saya sebagai Menteri Kewangan lapan tahun dia boleh nilai, kita tak ada masalah," ujarnya.

Kenyataan Najib bahawa apa yang diutarakan Anwar mengenai isu rasuah, masalah ekonomi dan kemelut daya saing negara adalah tidak berasas disangkal.

Sebaliknya Anwar mempunyai bukti untuk mengaitkan dakwaan dakwaannya terhadap kerajaan termasuk isu yang membabitkan Najib.

"Dia kata saya tak ada asas.Saya sebut soal harga barang, negara hilang daya saing dulu nombopr 17 (1997) kini 23.Indeks korupsi kita dan semakin teruk.Isu korupsi kita ada bukti termausk komisen kapal selam, Pesawat Sukhoi dan skandal Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang (PKFZ)," tegasnya.

"Apa asas yang dimahukannya lagi?.Saya tak ada halangan, tetapi ini jangan seperti yang dibuat oleh Umno sebar dakwan kata KeADILan pro-yahudi Cina dan Hindu, sebar di Permatang Pauh, burukkan saya.Ini tak ada etika dalam kempen," katanya.

Jika Umno atau Najib ada bukti mengenai dakwaannya itu, Anwar mencabar mereka secara terbuka menjelaskan bukti-bukti.

"Dia tak boleh jawab tentang isu ekonomi, isu kenaikan harga barang, masalah jenayah yang sangat tinggi sejak merdeka, rasuah dan, mereka tak boleh nafikan hal ini," ujar Anwar lagi.

Sebelum ini, Najib dalam beberapa siri jelajah kempen pilihan raya mengecam tindakan Anwar melemparkan tuduhan mengenai rasuah, masalah ekonomi dan kemelut jenayah negara.

Najib menyatakan bahawa apa yang didakwa Anwar dan pembangkang sebagai tidak berasas dan mahukan awam menilai prestasi seseorang pemimpin itu ketika berhadapan dengan krisis.

Tiada ulasan: