HALAMAN SANTAI

Khamis, 24 Januari 2008

Boleh dengar ceramah asal tidak abai kerja.



PULAU PINANG: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengingatkan penjawat awam supaya tidak mengabaikan tugas dan tanggungjawab pada musim pilihan raya umum akan datang.

Mohd Sidek berkata tidak ada halangan bagi penjawat awam menjalankan aktiviti di luar waktu pejabat seperti menghadiri ceramah dan kempen pilihan raya.

"Kita (kerajaan) tidak halang untuk mereka menghadiri kempen atau ceramah pada sebelah malam atau selepas kerja, cuma yang penting mereka harus melaksanakan kerja-kerja hakiki mereka.

"Buat apa yang perlu anda buat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bersama Datuk Bandar dan Yang Di-pertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Perak di sini Khamis.

Mohd Sidek berkata pilihan raya bukanlah alasan kepada penjawat awam untuk tidak melaksanakan tugas seperti biasa.

"Pilihan raya sama juga seperti hari-hari lain. Contohnya hari biasa kita tengok bola sampai pagi dan kita bangun seperti biasa dan melakukan tugas seperti biasa, jadi begitulah juga semasa pilihan raya.

"Kerja tetap kerja, dan pilihan raya tetap akan berlangsung," katanya.

Tiada ulasan: