HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Februari 2008

Rakyat menanti klip video panas Rosmah, Khairy dan Mahadzir Khalid


Seperti klip video membabitkan Khairy, Mahadzir, klip video Rosmah juga dalam persiapan untuk dilancarkan secara rasmi. Bila?

Oleh Mohd Sayuti Omar

Berbagai benda dan cerita anih kedengaran hari ini. Sekali dengar rasanya tidak logik dan ia sebagai gimik saja. Tetapi setelah megenangkan kepada beberapa kes seumapamanya yang mulanya juga anih dan di luar logik akal tetapi akhirnya benar, maka ia bukan mudah dibuang begitu sahaja.

Sebelum ini siapa percaya bahawa Menteri Kesihatan ada skandal sex dengan seorang perempuan muda. Ada rakaman video menunjukkan aksi mereka sedang berasmaradana dalam bilik hotel. Seorang menteri dalam Kerajaan Islam Hadhari mestilah berwibawa dan menjaga maruah parti. Tidak mungkin! Amat mustahil kalau menteri yang juga dianggap golongan cendekiawan sanggup melakukan kerja terkutuk itu yang hanya layak dilakukan oleh mereka tidak sekolah.

Akhirnya desas desus itu menjadi kenyataan menyebabkan menteri berkenaan, Chua Sok Lek kehilangan jawatan sebagai menteri dan menanggung aib di sepanjang hanyatnya dan kerier politiknya musnah sekelip mata saja.

Begitu juga dengan dakwaan mengenai video percakapan seorang peguam kanan dengan bekas Ketua Hakim Negara yang sedang menyusun dan mengaturkan perlantikan hakim-hakim. Mulanya ramai yang tidak percaya dan menganggap ianya rekaan semata-mata. Ia adalah gimik oleh golongan tertentu yang dengki dan cemburu hati kerana hajat mereka tidak kesampaian.

Apa jadi akhirnya? Ternyata klik video yang mendedahkan kelakuan peguam dan hakim itu didedahkan kepada umum. Ekorannya ia telah mengaibkan seluruh negara. Ia juga memberi masalah kepada Kerajaan sehingga terpaksa menubuhkan Suruhjaya DiRaja untuk menyiasat apa yang terkandung dalam video berkenaan.

Selepas meletusnya isu video dan rakaman panas itu kini bertaburan pula dengan pelbagai cerita mengenai perkara yang sama. Cerita-cerita ganjil tetapi tidak mustahil ini kian panas menjelang hari mengundi dan menjadi bahan kempen pilihan raya. Rakyat sedang menanti dengan penuh debaran untuk menyaksi dan melihat dengan mata kepala sendiri.

Antara yang panas dan menjadi penantian umum hari ini ialah video yang kononnya melibatkan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. Katanya video berkenaan ialah rakaman aksi Khairy sedang berasmara dengan seorang perempuan.

Apakah ianya gimik atau sebuah hakikat di akhir zaman? Sebuah blog peribadi telah berminggu mempromokan video berkenaan yang menggambarkan seorang lelaki berwarna gelap sedang mencium seorang perempuan berwarna putih.

Dan semasa saya berada di Alor Star, Kedah semalam, hebuh cerita pasal klik video melibatkan Menteri Besar Kedah, Mahadzir Khalid yang sedang berciuman dengan seorang perempuan. Kononnya kejadian itu berlaku atas sebuah bot di luar negara. Hai... macam cerita Hindustan sahaja!

Rakaman itu katanya dilakukan oleh seorang pegawai keselamatan. Klik video itu kini berada dalam simpanan berapa orang di Kedah dan bakal di sebarkan.

Isu ini tersebar sejak beberapa minggu lalu sebelum hari penamaan calon. Kononnya gara-gara hebuh fasal kilik video itu seorang ahli Puteri yang mulanya dicadangkan untuk bertanding di sebuah kerusi DUN digugurkan disaat-saat akhir. Apakah wanita yang dicium Mahadzir Khalid itu bakal calon yang digugurkan itu? Dan kalau dakwaan itu tidak benar kenapa Puteri itu dibatalkan pencalonannya?

Manakala di Kuala Lumpur pula tersebar berita kononnya telah tersedia video atau rakaman VCD yang membabitkan isteri Timbalan Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Kejadian atau kilik video ini menunjukkan aksi rendah moral Rosmah sebelum beliau menjadi isteri Najib Razak.

Seperti klik video membabitkan Khairy, Mahadzir, klik video Rosmah juga dalam persiapan untuk dilancarkan secara rasmi. Bila?

Persoalan kini sejauh manakah kilik-kilik video panas itu wujud. Apakah ianya hanya gimik untuk menakut-nakut dan menggerunkan orang-orang terbabit. Sukar untuk dipercayai dan menghukumnya. Ini kerana apa yang kita tidak percaya sebeloum ini tiba-tiba muncul di hadapan mata dan menggemparkan. Yang pastikan kemunculan bahan-bahan bernilai seperti ini ialah pada waktu yang dikira tepat dan sesuai.

Seandainya klik-klik video tadi benar-benar wujud dan disebarkan beberapa hari sebelum hari mengundi ia pasti akan memberi impak besar kepada calon-calon BN terutamanya mereka yang terbabit secara langsung dengan video berkenaan. Kalau pun mereka tidak sampai ditolak rakyat secara total namun undi mereka akan merosot.

Sebaliknya sekiranya klik video berkenaan tidak muncul sehingga ke hari mengundi, bermakna ia hanyalah gimik sahaja. Impkikasi daripada ini menyebabkan isu-isu seumpama ini tidak mudah dipercayai dimasa akan datang.
Kelab Menteri Besar cantas orang-orang menantu PM


Mungkin ramai yang tidak perasan tetapi inilah hakikatnya. Menantu PM yang dikatakan begitu berkuasa nampaknya telah gagal menyusun beberapa orang kuatnya untuk bertanding dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Satu persatu orang-orang menantu PM dicantas oleh "Kelab Menteri Besar". Didalam tulisan yang lalu kami menyiarkan bagaimana Wan Farid yang seharusnya menjadi Menteri Besar Terangganu dicantas oleh Idris Jusoh.

Cuba perhatikan bagaimana Norza Zakaria yang menjadi proksi menantu PM yang paling kanan gagal untuk mendapatkan mana-mana tempat untuk bertanding dalam pilihanraya umum yang akan datang. Norza yang sebelum ini digembar-gemburkan akan bertanding di kerusi parlimen Bukit Katil, Melaka atau kerusi parlimen Titiwangsa tersungkur ke bumi dikerjakan oleh Ali Rustam dan Zulhasnan.

Sementara Ahmad Zaki Zahid yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Putrajaya yang sebelum ini digembar-gemburkan akan mengambil alih kerusi Tengku Adnan hanya mampu menelan air liur sahaja.

Kelab Menteri Besar sebulat suara untuk memastikan agenda jahat menantu PM tidak berjaya. Cuma Mahadzir Khalid dan Mohammad Hassan sahaja yang dikuasai oleh menantu PM. Selebihnya bersatu untuk memastikan menantu PM tidak menang mudah.

PM yang tidak tahu apa-apa sudah pasti hanya akan bersetuju jika "disergah" oleh Menteri Besar. Lihatlah bagaimana Shahidan Kassim masih lagi berjaya berkuasa di Perlis.

Menantu PM semakin panik sekarang ini. Sudahlah orang-orang kuatnya tersungkur, nasibnya di Rembau masih lagi belum pasti. Calon pembangkang yang melawan menantu PM, Badrul Hisham menjadi semakin popular disini.

Mangsa-mangsa menantu PM yang tersungkur akibat catur politik jahatnya seorang demi seorang telah menyatakan kesediaan mereka untuk membantu Badrul. Makin lama makin ramai.

Kami akan terus berjuang sehingga ketitisan darah yang terakhir untuk memastikan Rembau tidak akan menjadi tempat di Negeri Sembilan yang pertama tergadai ke Singapura. Tambahan lagi menantu PM adalah orang luar yang lahir di Kuwait.

Anak Jati Rembau.
Guna segala kemudahan menteri, Abdullah khianati perlembagaan
Mohd Sabri Said


KEPALA BATAS (Hrkh) - Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengkhianati perlembagaan negara apabila tidak menghormati undang-undang pilihan raya kerana masih meneruskan aktivitinya seolah-oleh beliau masih memegang tampuk pemerintahan.

Sepatutnya beliau lebih tahu peraturan dan undang-undang bukan terus berlagak menjadikan gelanggang politik sekarang sebagai medan mencari pengaruh dengan membelakangkan peraturan yang ditetapkan.

Pesara Pegawai Pentadbiran dan Dipolmatik Malaysia, Haji Abdul Rahman Salleh menyifatkan apa yang berlaku selepas penamaan calon dalam pilihan raya umum ke-12 menyaksikan penyalah gunaan kuasa secara berleluasa.

"Dato' Seri Abdullah seolah membelakangkan peraturan yang ditetapkan dalam perundangan pilihan raya kerana terus menggunakan jentera kerajaan dan pengiring sendiri ketika keluar berkempen. Bukan itu sahaja bahkan penggunaan dewan orang ramai dengan sewenang-wenangnya oleh Umno," tegasnya.

Menurut beliau yang juga bekas calon PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Berangan, sekarang ini Dato' Seri Abdullah hanya Perdana Menteri sementara maka apa yang ada hubung kait dengan kerajaan beliau kena elakkan.

Jika Umno benar-benar berani berdepan dengan pembangkang terangnya, mereka hendaklah bersikap terbuka sama ada rela bersemuka di satu pentas atau berkempen menerusi siaran televiyen.

"Ini tidak, Barisan Nasional (BN) saja yang boleh, pembangkang terus dinafikan haknya. Sampai bila demokrasi dapat dipulihkan," jelasnya kecewa. - mns
Siapa yang untung, peneroka? Felda? Synergy Drive?
Ketua Perusuh


Dalam tempoh kempen untuk pilihan raya umum ke-12 kali ini, kita dapat lihat beberapa insentif telah dijanjikan kepada semua peneroka Felda. Nilai insentif yang dijanjikan ini menjangkau nilai ratusan juta ringgit. Malah boleh dikatakan rupa-rupanya memang banyak lagi wang yang boleh disalurkan kepada semua peneroka Felda yang rata-ratanya berbangsa Melayu (kebanyakannya berada di paras kemiskinan).

Ramai peneroka Felda yang berhutang dengan Felda melalui kedai-kedai yang dibangunkan di dalam Felda (kedai runcit) dan sebagainya. Malah ada yang berhutang setelah potongan pendapatan daripada hasil kutipan buah kelapa sawit tidak dapat menampung kos sara hidup serta kos pembayaran balik pelbagai caj dari Felda.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Felda hanya membayar kepada peneroka sekitar harga RM650 bagi satu metrik tan buah kelapa sawit yang belum diproses. Mengikut perkadaran biasa nilai ini boleh dikatakan amat rendah dan peneroka terpaksa menerima kadar ini kerana mereka wajib menjualkannya kepada Felda. Pengurusan Felda pula kadang kala memotong lagi kadar tersebut jika sekiranya terdapat buah muda ataupun sampah termasuk sekali dalam setiap 'load' yang dihantar.

Namun apa yang ramai tidak tahu adalah nilai CPO (Crude Palm Oil) atau lebih dikenali sebagai MSM (Minyak Sawit Mentah) adalah amat tinggi di pasaran dunia. Ini kerana permintaan Minya Sawit Mentah yang begitu mantap di pasaran dunia. Malaysia menguasai 30% daripada jumlah pengeluaran MSM ini di pasaran dunia dan disaingi dengan dekat oleh Indonesia.

Pada awal Januari 2007, harga CPO/MSM ini berada pada sekitar RM1900 dan kini ia melonjak kepada paras RM4500 (Februari 2008). Sila rujuk pada laman web www.PalmOil.com

Ini menyebabkan beberapa senario berlaku seperti yang akan saya faktakan dibawah ini;
1. Harga Minyak Masak (Kelapa Sawit) Bertapis adalah pada nilai RM2600 satu metrik tan (terkawal) dan Harga Minyak Sawit Mentah (pada masa tesebut) adalah berada pada nilai RM3450. Secara rasionalnya semestinya para pengeluar minyak sawit lebih suka menjual yang mentah kerana ianya bernilai lebih tinggi daripada yang telah diproses.

Ini secara langsung menyebabkan berlakunya kekurangan minyak masak (kelapa sawit) di pasaran pada awal Januari 2008. Kekurangan tersebut bukanlah disebabkan oleh kegiatan penyeludupan seperti yang dihebohkan oleh media massa (TV1, TV2, TV3, TV7, TV9 dan akhbar harian tempatan).

2. Harga Minyak Sawit Mentah ini menyebabkan industri biodiesel amat tergugat di mana kos untuk mengeluarkan biodiesel berasaskan MSM menjadi teramat tinggi malah melebihi dari harga untuk mengeluarkan bahan bakar dari ekstrak petroleum.

3. Walaupun Malaysia menguasai 30% pasaran Minyak Sawit Mentah di dunia dan Indonesia berada di belakang Malaysia dari segi peratusan, namun sebenarnya pengeluar di Indonesia tersebut adalah berada di bawah tangan (kuasa) Malaysia. Melalui beberapa sayap pelaburan Malaysia di Indonesia (Guthrie, Sime Darby, Tabung Haji Plantation dan lain-lain lagi) maka sebenarnya Malaysia menguasai hampir 60% hasil pengeluaran Indonesia.

Ini bermakna pada asasnya Malaysia menguasai lebih dari 30% pasaran MSM dunia. Ianya secara otomatisnya menyebabkan Malaysia boleh mengawal 'Supply' dan 'Demand' serta harga pasaran MSM dunia.

Di sebalik semua ini ada satu gagasan besar yang mengawal semua pasaran MSM di dunia yang kini ramai pihak di Malaysia baru sedar akan kuasanya. Ianya adalah Synergy Drive. Dengan penggabungan beberapa konglomerat GLC dalam bidang perladangan di bawah satu kuasa (Synergy Drive) maka pasaran MSM dunia menjadi gawat sekitar bulan Mei 2007 di mana harga MSM dunia berada pada paras RM2400 satu metrik tan.

Harga ini berlaku bilamana 'rumours' berlaku pada pasaran yang Synergy Drive telah mendapat lampu hijau untuk memulakan penggabungan. Disebabkan ini harga minyak MSM menjadi terlampau tinggi. Namun harga bagi para peneroka masih lagi ditakuk lama dan tidak banyak berubah walaupun harga CPO/MSM menjadi terlampau tinggi.

Oleh itu siapakah yang untung di sini sebenarnya? Adakah Peneroka yang akan mendapat laba yang besar atau Felda pula yang mendapat manfaatnya? Yang pasti Synergy Drivelah yang mendapat laba yang terlalu besar. Oleh itu siapakah di sebalik Synergu Drive.

Tentu anda ingat bahawa adik Najib Razak yang menjadi kuasa di sebalik Synergy Drive.
Namun jangan pula anda terkejut jika saya katakan bahawa Synergy Drive bakal dialihkan kepada satu proksi yang lain yang dikawal secara terus melalui satu proksi di Hong Kong dan Australia yang akhirnya jika kita rajin menyiasatnya pasti kita akan dapat jumpa 'link' yang diperlukan di Singapura. Apa yang kita perlukan kini adalah seorang lagi akauntan yang rajin dan bersih serta amanah seperti Al-Marhum Saudara Jalil Ibrahim (akauntan Bumiputera Malaysia Finance @ BMF) yang mati terbunuh ketika menyiasat kes wang lesap melibatkan kumpulan Carrian di Hong Kong pada sekitar tahun 80-an dahulu.

Kisah siapa di sebalik siapa ini akan saya dedahkan di episod akan datang namun yang utama ketika ini adalah kenapa peneroka Felda tidak mendapat laba yang besar sedangkan harga CPO/MSM adalah amat tinggi sekarang ini. Sepatutnya bukan ratusan juta yang Felda wajar beri kepada semua peneroka namun nilainya mesti lebih dari bilion RM.

Jangan biarkan semua wang yang sepatutnya peneroka Felda dapat hilang ditelan oleh 'Malaon' dalam pentadbiran Felda dan Kerajaan Malaysia. Para peneroka patut tegas dalam perkara ini dan menuntut keadilan dalam hak mereka. Lagi lama peneroka Felda digula-gulakan, lagi banyak 'Malaon' ini mengaut keuntungan dan seterusnya 'Malaon' ini sanggup pula menjualkan kepentingan kepada Singapura (melalui Proksinya Khairy Jamaluddin).
Beri peluang pembangkang memerintah walau satu penggal - Syed Husin
Anis Nazri


KUALA LUMPUR (Hrkh) - KeADILan menyokong penuh mana-mana calon yang menyeru supaya pembangkang diberikan peluang sepenggal bagi membuktikan kebolehan mereka dan membersihkan segala kekotoran yang dibawa oleh BN selama 50 tahun memerintah.

"Selama 50 tahun BN memerintah negara ini, korupsi serta rompakan kekayaan negara oleh segelintir pemimpin kerajaan serta suku-sakat mereka bertambah, penyelewengan serta pembaziran meluas, harga barang keperluan melambung, hidup rakyat biasa semakin susah dan jenayah meningkat," tegas Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali dalam kenyataan medianya, kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau berkata, keadaan menjadi semakin parah dalam tempoh pentadbiran yang dipimpin oleh Abdullah Ahmad Badawi selama empat tahun lalu, di mana beliau berjanji hendak menghapuskan korupsi, namun bertindak sebaliknya.

Syed Husin berkata Abdullah turut berjanji tidak akan melaksanakan projek-projek mega yang membazir serta mengakibatkan pembaziran, tetapi sekarang beliau merancang projek-projek koridor yang lebih mahal daripada projek-projek mega di zaman Mahathir.

"Projek-projek ini untuk memudahkan lagi keluarga serta kroninya merompak kekayaan negara. Sebaliknya keadaan golongan miskin dan berpendapatan rendah dari semua kaum tidak terbela sepenuhnya," dakwa beliau.

Beliau menegaskan memandangkan segala keadaan kebobrokan yang sudah berlalu, rakyat perlu melakukan perubahan besar dengan menggunakan undi masing-masing setelah BN sudah diberi peluang bereksperimen selama 50 tahun. - mns
Mahfuz dedahkan calon BN N10 ada kes pecah amanah
Oleh Bernama


JERLUN: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bagi menentukan kedudukan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Pinang, Che Omar Saad yang didakwa kononnya mempunyai kes pecah amanah. Perdana Menteri berkata BN tidak dapat berbuat apa-apa kerana nama beliau telah pun disahkan sebagai calon walaupun pihak pembangkang membuat dakwaan mengenai kes Che Omar.

"Kami perlu mendapatkan agensi yang berkaitan untuk mengemukakan laporan dan kami akan menimbangkan untuk mengambil tindakan sewajarnya. Mungkin ada yang tidak termasuk dalam rekod kami...tetapi kami telah pun mendapatkan maklumat yang perlu daripada agensi-agensi yang berkenaan," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama rakyat dekat sini, hari ini.

Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar hari ini mendakwa BN telah meletakkan calon yang mempunyai kes pecah amanah bagi kerusi negeri Bukit Pinang yang ditandinginya di sini.

Mahfuz mendakwa Che Omar telah dilucutkan jawatan sebagai anggota Lembaga Pengarah Koperasi Guru-guru Melayu Kedah Berhad sejak 25 Dis 2007 kerana kes penyalahgunaan kuasa semasa pembelian tanah koperasi melebihi RM6 juta.

Pengurusan koperasi itu kemudian membuat aduan polis mengenai beberapa kes penyelewengan Che Omar pada Disember lepas, dakwa Mahfuz.

Abdullah berkata BN sememangnya menyaring semua bakal calonnya sebelum mereka dipilih bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Beliau berkata semua pihak termasuk Menteri Besar Datuk Seri Mahdzir Khalid telah diminta untuk merujuk kepada Jabatan Insolvensi, Badan Pencegah Rasuah dan polis secara spesifik bagi memastikan seseorang calon itu layak untuk bertanding.

Perdana Menteri berkata baru-baru ini pun terdapat satu kes yang melibatkan seorang calon mempunyai kes mahkamah bersabit kesalahan jenayah dan BN tidak benarkan dia bertanding.

"Ada lagi kes yang berkaitan dengan rasuah yang kerananya BN tak benarkan mereka bertanding...sebelum penamaan kami dah buat keputusan itu...(telah) cuba untuk berhati-hati sebaik mungkin," katanya.
PRU12: SPR pengadil yang berat sebelah
Oleh Tarmizi Mohd Jam


MAKIN jelas kewibawaan SPR tercabar. Ia sudah tidak boleh dipercayai lagi. SPR adalah pengadil berat sebelah. Sudah tentu hanya mengikut telunjuk tuannya "Barisan Nasional".

Rakyat kini melihat dengan mata kepala sendiri. Penipuan demi penipuan dilakukan SPR. Agenda jahatnya tersirat pada gerak badan Pengerusinya, Rashid Abdul Rahman.

Orang bernama Rashid inilah yang telah memaklumkan kepada rombongan BERSIH bahawa semua peraturan yang dibuat dalam SPR, adalah untuk memenangkan parti pemerintah.

Ini pengakuan. Ini cakap-cakap Rashid sendiri. Sebab itu, himpunan 100,000 muncul tepat pada masanya membantah kejahatan SPR yang terlalu mengikut telunjuk BN.

Malah, kalau diperhatikan arahan SPR agar semua calon mendutikan setem sebagai syarat kelayakan bertanding, itu juga adalah sebahagian dari taktik untuk "memenangkan" parti pemerintah. Inilah yang diucapkan Rashid.

Empat tuntutan BERSIH tidak diendahkan SPR. Anak Badawi langsung tidak gentar dengan PAS dan PKR. Mereka hanya gentar dengan Hindraf. Semua tuntutan Hindraf (dibaca orang-orang India MIC) dipenuhi. Sanggup Najib dan Khir Toyo melutut demi undi.

Tuntutan BERSIH dalam penggunaan dakwat kekal, tiada keputusan. Indah khabar dari rupa. Nak ikut boleh, tak nak buat boleh. Sekali lagi SPR bermain api.

Isu pembersihan daftar pemilih dipandang enteng. SPR tidak bersedia untuk membuang nama pengundi yang telah mati, malah masih terdapat nama pengundi yang berumur ratusan tahun dalam daftar pemilih.

Undi pos terus dikekalkan. BERSIH menuntut ianya dihapuskan. Tetapi SPR enggan menghapuskan kerana itu adalah senjata memenangkan BN. Undi pos di Dun Belantek, Kedah contohnya ditambah bagi "menumpaskan" kemenangan PAS sekarang!

RTM pula terus menjadi perkakas penerangan BN. Ia adalah milik rakyat yang menjadi pembayar cukai. Tetapi, stesyen itu digunakan sepenuhnya tanpa malu dan tanpa diambil tindakan oleh SPR terhadap BN.

Apakah semuanya ini? Pertarungan tidak sihat dan tangan parti-parti alternatif diikat ke belakang. Sudah tentulah, BN menang. Pilihan raya hanya rubber stamp untuk BN mendapatkan kuasa.

Hakikatnya, pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali itu tidak telus. Demokrasi sudah mati. Undi yang rahsia penuh misteri. Semuanya angkara saka SPR.

Mulai hari ini, saya cadangkan, jangan sebut SPR itu Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi mari kita cemuh badan ini sebagai Suruhanjaya Penipu Rakyat - SPR juga sebutannya!
Penyokong BN ganas belasah wartawan
Oleh Berita Harian


KANGAR: Dua wartawan Berita Harian cedera selepas dibelasah sekumpulan penyokong parti politik ketika membuat liputan pada satu majlis kempen pilihan raya di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Beseri di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah malam itu, Rashidi Karim, wartawan sambilan di sini cedera di lengan kanan, kepala dan tangan serta pecah bibir manakala wartawan Adha Ghazali ditumbuk di muka ketika cuba meleraikan kejadian itu.

Rashidi berkata, ketika kejadian beliau dan tiga yang lain termasuk Ketua Biro Utusan Malaysia, Johari Shawal dan jurugambar sambilan Berita Harian, Shahidi Shahidan, berada di luar rumah kedai yang dijadikan bilik gerakan untuk membuat liputan.

"Bagaimanapun, seorang lelaki tiba-tiba menarik baju saya ke belakang dan terus ditumbuk dan ditendang oleh beberapa yang lain,” katanya.

Ketika kejadian, Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim sedang berucap di dalam rumah kedai yang bahagian bawahnya dijadikan bilik gerakan. Turut hadir pada majlis itu ialah bekas calon BN Beseri, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Mat Nasir Hussain, ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Beliau berkata, polis menahan tiga lelaki untuk membantu siasatan kes berkenaan.
Sabit kesalahan boleh dipenjarakan maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
SPR jamin Daftar Pemilih Induk 2008 bersih



PUTRAJAYA: Daftar Pemilih Induk yang diguna pakai dalam pilihan raya umum ke-12 yang diwartakan pada 5 Feb lalu dan mengandungi 10,922,139 pemilih telah dibersihkan daripada senarai pemilih yang telah meninggal dunia sehingga 31 Disember lepas.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Kamaruzaman Mohd Noor berkata ini kerana SPR telah mengeluarkan seramai 697,902 pemilih berdaftar yang telah meninggal dunia daripada DPI sejak 1 Jan 2004 sehingga 31 Dis lalu.

Bagaimanapun, katanya SPR sedar bahawa mulai 1 Jan lalu hingga 7 Mac ini akan ada pemilih berdaftar yang tersenarai di dalam DPI yang meninggal dunia pada setiap hari.

"Tetapi peruntukan undang-undang pilihan raya semasa tidak membenarkan SPR terus mengeluarkan nama-nama mereka daripada DPI. Ini kerana nama-nama pemilih berdaftar yang telah meninggal dunia dari 1 Jan hingga 31 Mac ini akan dipamerkan pada April depan untuk semakan orang awam," katanya dalam kenyataan di sini bagi mengulas kekeliruan di kalangan parti pembangkang berhubung perkara itu.

Sehubungan itu, katanya SPR menegaskan kepada parti politik dan juga calon bebas yang bertanding bahawa mereka tidak perlu risau dan bimbang tentang dakwaan yang tidak berasas bahawa adanya pengundi lain yang akan mengguna pakai kad pengenalan pengundi yang telah meninggal dunia untuk mengundi pada 8 Mac ini.
"Ini kerana SPR akan mengedarkan senarai nombor kad pengenalan dan nama-nama pemilih berdaftar yang meninggal dunia dari 1 Jan sehingga 7 Mac ini kepada semua Ketua Tempat Mengundi di seluruh negara," katanya.

Kamaruzaman berkata langkah ia bagi membolehkan Ketua-Ketua Tempat Mengundi berkenaan menandakan di dalam buku Daftar Pemilih Pilihan Raya masing-masing bahawa seseorang pemilih berkenaan telah meninggal dunia dan kertas undi tidak akan dikeluarkan kepada mana-mana pemilih yang telah tersenarai sebagai pemilih yang telah meninggal dunia.

Beliau berkata arahan tegas turut dikeluarkan kepada semua Ketua Tempat Mengundi di seluruh negara untuk mendapatkan bantuan anggota polis yang bertugas di setiap saluran mengundi untuk terus menangkap mana-mana pengundi yang datang ke mana mana pusat atau tempat mengundi menggunakan kad pengenalan pengundi yang telah meninggal dunia.

Katanya ini kerana perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan penyamaran di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 iaitu mana-mana orang yang menyamar akan terus ditangkap kerana ia merupakan satu kesalahan yang lazimnya ditangkap di bawah pengertian Kanun Prosedur Jenayah.

"Jika sabit kesalahan, seseorang yang menyamar itu boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan denda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000," katanya.

Sebagai usaha berterusan SPR untuk membersihkan DPI daripada senarai kematian, Kamaruzaman berkata SPR telah menghantar pasukan bergeraknya ke balai-balai polis di seluruh negara bagi mendapatkan salinan permit pengkebumian.

"Sebagai contoh, pada tahun lalu, SPR telah berjaya mengeluarkan 10,064 pemilih berdaftar yang telah meninggal dunia menerusi mekanisme itu.

"Selain itu, SPR menerusi program Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan di 14 negeri di seluruh negara termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sentiasa mewar-warkan kepada waris pemilih yang telah meninggal dunia untuk mengemukakan satu salinan sijil kematian waris mereka kepada SPR bagi tujuan pembersihan DPI," katanya.

Bagi negeri Sarawak, beliau berkata SPR telah menghantar pasukan bergeraknya ke 2,764 rumah panjang di 20 bahagian pilihan raya Parlimen pada Januari 2006 sehingga Oktober tahun lalu.

"Dalam urusan tersebut, SPR telah mengenal pasti seramai 12,807 penghuni rumah panjang yang telah meninggal dunia tetapi tidak dilaporkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara.

"Namun begitu, berasaskan kepada pengakuan yang dibuat oleh Tuai Rumah Panjang dan disahkan oleh Pegawai Daerah yang berkenaan, SPR telah pun mengeluarkan kesemua 12,807 pemilih berdaftar yang telah meninggal dunia itu daripada DPI," katanya.
"Dah tak bersua, nak bersalam macam mana?"
Mat Zain Mat Isa


Ada benarnya kata orang bahawa seseorang yang telah berbohong akan sanggup berbohong sepuluh kali lagi bagi menutup pembohongan awalnya itu. Ada orang kata pepatah ini milik Adolf Hitler, diktator Jerman yang digeruni musuh itu. Ada juga yang mendakwa ia pepatah Cina dan ada yang kata ia kata-kata hikmah ahli failasuf Barat.

Tak kisahlah siapapun yang empunya pepatah itu. Apa yang nyata ia amat bertepatan dengan gelagat para pemimpin politik negara ini. Keghairahan para pemimpin Barisan Nasional memutarbelit fakta isu salam di Terengganu boleh dijadikan contoh.

Dalam kejadian yang didakwa berlaku pada hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-12, Ahad (24 Februari) lalu, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dikatakan enggan bersalam dengan lawannya dari BN bagi kerusi Parlimen Marang, Dato' Dr. Ahmad Ramzi Mohd Zubir.

Anehnya, perkara itu hanya diperbesarkan keesokan harinya. Orang yang membuka cerita itu pula tidak lain daripada Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh.

Mengapa cerita ini tidak dicetuskan tuan empunya diri (Ramzi) sendiri?
Ketika bercakap kepada pemberita selepas menghadiri program kempen bersama calon-calon BN di Kampung Rhu Muda, Marang, Isnin lalu, Idris dilaporkan menempelak Abdul Hadi sebagai angkuh.

"Saya diberitahu mengenai insiden itu semalam. Inilah sikap sebenar pemimpin PAS. Saya tidak pasti apakah sebabnya Abdul Hadi tidak mahu bersalam dengan Ahmad Ramzi," katanya.

Panjang lagi leterannya, termasuk mengaitkan pula dengan ajaran Islam yang menyuruh kita menghormati orang lain dan menyambut salam. Seolah-olah Abdul Hadi selaku seorang ulama dan tok guru tidak tahu hukum dan adab itu.

Siapa tidak kenal Idris? Seorang pemimpin yang entah berapa kali telah berbohong terang-terangan kepada seluruh rakyat Terengganu. Mahu disenaraikan siri pembohongan beliau?

Di minggu pertama jadi MB, dia kata kerajaan BN pimpinannya tidak akan balas dendam. Dalam minggu itu juga ratusan penjawat awam lantikan politik dihentikan khidmat mereka. Beberapa pegawai kanan kerajaan turut menjadi mangsa. Belasan imam dan bilal kemudiannya turut dipecat.

Tanah dianugerah kerajaan PAS dirampas semula. Penerima bantuan kebajikan yang disenaraikan kerajaan PAS dikeluarkan semula dari senarai. Apakah itu tidak balas dendam namanya?

Idris sering sebut sejak BN memerintah Terengganu rakyatnya semakin ceria. Barangkali dia mahu mengiyakan slogan yang diciptanya sendiri, ‘BN Menang Rakyat Senang’.

Siapa sebenarnya rakyat yang senang itu? Siapa lagi kalau bukan kroni dan para penyokongnya. Ada pun rakyat terbanyak masih hidup merempat. Golongan miskin dan termiskin malah makin bertambah.

Kalau nak dikatakan dakwaan ini direka-reka pembangkang, bagaimana dengan pendedahan mengenainya oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri sendiri?

Dalam satu laporan dikeluarkan EPU pada Oktober 2006, disebutkan kadar kemiskinan rakyat Terengganu meningkat kepada 15.4 peratus. Jumlah isi rumah miskin tegar pula seramai 8,300 dan kedua tertinggi dalam negara.

Sedangkan (menurut kenyataan Adun PAS-Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut) sewaktu diambil alih BN daripada PAS, kadar itu hanyalah 10.4 peratus. Terengganu di bawah PAS berada di kedudukan keempat dalam jumlah miskin tegar tertinggi.

Maka apabila Idris berkata di bawah BN, rakyat semakin senang, tidakkah itu satu pembohongan? Tak bohong macam mana kalau sampai rakyat terpaksa pergi merempat di tangga tokong Cina, meminta sedekah dari orang bukan Islam?

Ada lagi. Idris menjanjikan peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu. Di awal pemerintahannya dia sebut nak sediakan 25,000 peluang kerja. Sekarang, selepas empat tahun, mana peluang kerja tu?

Ya, memang ada dua gedung perniagaan besar. Tapi ia dipenuhi para pekerja asing, termasuk dari Bangladesh, Indonesia dan Nepal. Di tapak-tapak pembinaan beberapa projek besar seperti Pulau Wan Man, Pulau Duyong, stadium dan lebuh raya pun begitu juga.

Ada lagi peluang kerja, iaitu di tapak pelupusan sampah. Rakyat berkhemah di situ bagi mengumpul bahan buangan. Barangkali itu pun peluang pekerjaan yang dijanjikan Idris juga?

Idris berbohong kononnya di bawah BN anak-anak makin pintar. Maka bagi menutup pembohongannya yang menyalahi fakta sebenar, Idris berbohong lagi kononnya Terengganu sentiasa menjuarai keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Sewaktu mengulas keputusan UPSR 2007, Idris turut menyebut bahawa Terengganu telah mengekalkan kejayaan sebagai negeri terbaik UPSR selama tujuh tahun berturut-turut. Ini memang jelas bohong.

Seluruh negara tahu, selama lima tahun berturut-turut Terengganu jadi negeri terbaik dalam UPSR. Kita juga tahu Terengganu gagal mempertahankan rekod cemerlang itu 2006 lalu. Terengganu jatuh ke tangga ketiga, katanya selepas Pulau Pinang dan Selangor.

Kalau sudah jatuh ke tangga ketiga, walaupun sekali, berturut-turut ‘kepala *%£$+’ apa macam tu?

Idris berbohong lagi. Dia bohong pasal ribuan kanak-kanak khatam al-Quran. Walhal budak-budak tu hanya hafal beberap surah Muqaddam.

Dia bohong kononnya selama empat tahun memerintah, PAS tak bina walau sebuah pun masjid. Dia bohong mengatakan berlaku pembalakan haram dan penyelewengan hasil hutan di zaman PAS. Tetapi apabila kerajaan BN sendiri tubuh suruhanjaya khas siasat hal itu, sah lah tiada penyelewengan berlaku.

Idris sudah diketahui memang kuat berbohong. Barangkali di atas faktor itulah Idris merasakan lebih baik beliau sendiri yang membuka cerita fitnah mengenai salam ini. Sebabnya, beliau memang pakar dalam bab mencipta fitnah.

Barangkali juga Ahmad Ramzi selaku pendatang baru dalam konfrontasi politik Terengganu belum terbiasa dengan cara gaya fitnah dan berbohong ini. Lalu Idris mereka-reka cerita kononnya Presiden PAS enggan bersalam dengan calon BN.

Tetapi Ramzi sendiri pun nampaknya cepat belajar daripada bosnya. Akhbar semalam (Rabu) memetik katanya yang mengiyakan fitnah dilemparkan bosnya kepada Abdul Hadi itu.

"Memang masa itu saya cuba bersalam dengan beliau (Abdul Hadi), macam mana pula beliau kata tidak berkesempatan bertemu saya. Itu hanya alasan supaya tidak terus dilabel sebagai seorang pemimpin yang angkuh," katanya sebagaimana dipetik akhbar.

Sekalung tahniah buat Ramzi yang telah berjaya menganggotai kelab 'Berehi Nawok' (akronim baru untuk BN). 'Berehi Nawok' adalah kalimah Terengganu bermaksud suka berbohong.

Bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian tersebut, penulis menghubungi beberapa rakan di Marang. Mana tahu kalau-kalau mereka ada bersama Presiden PAS ketika itu.

Berdasarkan keterangan (secara berasingan) tiga daripada mereka, penulis berani menyimpulkan bahawa keadaan yang dikatakan 'bertemu' itu sebenarnya tidak berlaku.

'Dah memang kedua-dua (Abdul Hadi dan Ramzi) tak bertemu dekat, nak bersalam macamana?’, soal Haji Wahab Othman yang turut berada di dalam rombongan Abdul Hadi pagi itu.

Haji Wahab bukan orang asing bagi penduduk Marang, khususnya di Dun Rhu Rendang yang turut diwakili Abdul Hadi. Wahab telah menjadi wakil calon kepada Presiden PAS itu sejak beberapa penggal lalu.

Beliau juga Setiausaha Dun Rhu Rendang dan Setiausaha Kerja Pejabat Adun Rhu Rendang sejak sekian lama.

Menurut beliau, kedua-dua calon berkenaan memang tidak bersemuka walau pun di dalam dewan tempat penamaan calon. Rombongan Abdul Hadi masuk lewat 20 minit daripada rombongan calon BN itu.

"Ketika kami masuk (untuk menyerahkan borang pencalonan), Ramzi (calon BN) dah masuk ke tempat rehat. Dia dah selesai proses serah borang.

"Kami selesai, kami masuk bilik (rehat) berasingan. Memang tak jumpa (rombongan BN) sepanjang tempoh penamaan calon tu," kata Wahab.

Menurut Setiausaha Khas Presiden PAS, Zaihan Mohd Daud pula sebaik selesai proses penamaan calon, Abdul Hadi mengadakan sidang media, terutama bagi mengulas arahan tidak konsisten Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) mengenai syarat pematian setem pada borang pencalonan.

Abdul Hadi, menurut beliau, tidak hadir ke tempat pengumuman calon sah bertanding oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

"Tahun ni memang pelik daripada sekala (kebiasaan). Selalunya Pegawai Pengurus minta semua calon bersalam, tapi tahun ni tak berlaku benda tu," tambah Wahab lagi.

Menurut maklumat diterima seorang rakan wartawan, isu bersalam ini sebenarnya berpunca daripada dua jurugambar akhbar berhasrat mengambil foto kedua-dua calon untuk Parlimen Marang dalam posisi tersebut.

"Yang bersungguh meminta untuk bersalam katanya jurugambar tu, bukan calon BN pun," ujar rakan tadi.

Menurutnya juga, oleh kerana Abdul Hadi sedang menuju keluar ke arah tempat letak kereta dan berada agak jauh daripada Ramzi, Presiden PAS itu tidak menganggap masih ada perkara penting yang perlu dilayannya.

Fakta kedudukan sebenar antara mereka ini turut dinyatakan Ramzi dalam kenyataannya disiarkan Utusan Malaysia semalam.

"Panggilan kepada Tok Guru (Abdul Hadi) ajak dia bergambar dengan Ramzi tu dari jarak agak jauh. Tok Guru sekadar sebut, ‘tak perlu ambik gambar, dah banyak dah gambar’.

"Tok Guru tak kenal pun yang berdiri bersama jurugambar tu calon BN hak lawan dia, tapi Tok Guru angkat tangan," kata rakan penulis itu.

Itulah keadaan sebenar yang berlaku. Idris dalam kenyataannya kelmarin ada sebut beliau tidak pasti apakah sebabnya Abdul Hadi tidak mahu bersalam dengan Ahmad Ramzi.

Barangkali beliau memang tak tahu. Barangkali juga beliau sudah tahu keadaan sebenar, tetapi masih cuba memfitnah parti lawan.

Barangkali beliau sudah tidak dapat menahan diri daripada bercakap bohong, kerana BN sebenarnya sudah ketandusan isu bagi mengembalikan keyakinan rakyat Terengganu kepadanya. - mns
Subsidi: PM terus kelirukan rakyat
Abdul Halim Mohd Rashid


KUALA LUMPUR (Hrkh) - Keluhan dan rungutan Perdana Menteri tentang besarnya tanggungan kerajaan untuk memberikan subsidi mengesahkan bahawa minyak mungkin akan dinaikkan harga selepas pilihan raya, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.

"Apabila Perdana Menteri mengeluh dan merungut tentang perbelanjaan kerajaan untuk memberikan subsidi, ia mengesahkan dua perkara.

"Pertama, kerajaan memang tidak mahu malah tidak berniat langsung untuk mengurangkan beban rakyat dengan menurunkan harga minyak. Itulah pemimpin Barisan Nasional, niat untuk mengurangkan beban rakyat pun tidak ada.

"Kedua, kemungkinan yang besar minyak akan dinaikkan harga selepas pilihan raya.

Sukar bagi rakyat untuk menidakkan bahawa menaikkan harga minyak adalah idaman utama kerajaan," kata beliau.

Menurut Mahfuz, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu juga dengan sendiri membuktikan bahawa kenyataan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa "bukan semestinya harga minyak akan naik" hanya bertujuan untuk mengabui mata rakyat dan tidak boleh dipercayai.

Tetapi, katanya, yang lebih mengelirukan rakyat ialah kenyataan Perdana Menteri kononnya kerajaan terpaksa menanggung beban jika harga minyak diturunkan 30 sen seliter.

"Pertama, bukan pentadbiran Abdullah yang menanggung beban. Dan, kalaupun beliau tidak berbohong kononnya terpaksa menanggung beban, ia bukan disebabkan oleh pemberian subsidi," tegas beliau.

Menurut Mahfuz, rakyat dan negara ini terpaksa menaggung beban akibat amalan-amalan kerajaan yang tidak dilihat bersih oleh rakyat.

"Sebagai contoh, jambatan Yahya Petra. Dari harga RM80 juta, tiba-tiba tanpa sebab yang boleh dipercayai telah dinaikkan kepada RM151 juta. Rakyat dan negara terpaksa menanggung bebanan RM71 juta.

"Dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), dari jangkaan perbelanjaan RM2 bilion sahaja, naik lebih dari sekali ganda kepada RM4.6 bilion.

"Projek landasan berkembar yang pada awalnya dijangka menelan belanja RM8 bilion, naik kepada RM12 bilion. Itu baru tiga projek. Bagaimana projek-projek lain?" beliau mempersoalkan.

Kerajaan pula, kata Mahfuz, tidak pernah berjaya dan sentiasa gagal untuk meyakinkan rakyat bahawa amalan rasuah dan penyelewengan tidak wujud dalam perlaksanaan projek-projeknya ketika rakyat dan negara terpaksa menanggung beban yang besar berikutan peningkatan harga projek-projek yang dilaksanakan.

"Jawapan-jawapan dan perbahasan-perbahasan di dalam Dewan Rakyat misalnya tidak pernah memperlihatkan kerajaan dapat menafikan amalan rasuah dan penyelewengan dalam projek-projek tersebut," katanya.

Jika bebanan-bebanan seperti itu tidak dipaksakan ke atas rakyat, kata Mahfuz, wang yang dijimatkan boleh menampung kos subsidi untuk meringankan beban mereka.
Guna kementerian, sikap tidak telus Najib - Shafie Afdal dikesali
Anis Nazri


KUALA LUMPUR (Hrkh) - Pemuda PAS hari ini menghantar dua nota bantahan kepada Timbalan Pengerusi Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dato' Mohd Shafie Apdal berhubung penglibatan secara langsung dalam kempen pilihan raya umum dengan menggunakan nama sebagai menteri.

Setiausaha Pemuda PAS, Ahmad Sabki Yusof, dalam nota bantahan kepada kedua-duanya melahirkan rasa kesal kerana kejadian sebegini menggambarkan sikap kementerian terbabit yang tidak mengambil peduli untuk mendokong pilihan raya yang adil dan telus sebagaimana yang didakwa wujud oleh SPR dan kerajaan.

Nota bantahan tersebut telah dihantar kepada Najib dan Shafie, hari ini.

Semalam, mengikut laporan TV3 dalam Buletin Utama, Najib mengadakan satu siri kempen di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, Kelantan secara terang-terangan berkempen merayu undi pasukan tentera dengan menggunakan nama 'Menteri Pertahanan Malaysia".

Manakala, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNDHEP) menghantar Penolong Penguatkuasa kementerian itu, Zulkifli Ibrahim berkempen di atas pentas BN di Parlimen Titiwangsa bersama calon BN, Dato' Abdul Aziz Jamaluddin.

Dalam perkembangan sama, PAS melalui Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir turut melahirkan rasa kesal atas sikap berkenaan.

Beliau yang berkata demikian dalam sidang akhbar, hari ini turut mendesak SPR menyatakan pendirian mereka dalam perkara ini secara terbuka dengan segera. - mks.

Khamis, 28 Februari 2008

BN Kedah hanguskan RM113 juta wang rakyat
Oleh Zulkifli Yahaya


I. 6 projek terbengkalai yang merugikan

Marina Harbour
B
Marina Harbour, Kuala Kedah Marina Harbour terletak di Kuala Kedah adalah cetusan idea Syed Razak Syed Zain. Kompleks tersebut dicadangkan sebagai tempat persinggahan pelayar seluruh dunia. Walau sudah lama siap ia belum digunakan. “Sebab air pasang surut, kapal layar tidak dapat mendarat waktu air cetek,” jelas Menteri Besar Mahdzir Khalid.

Soalnya, sewaktu projek hendak dibina, kenapa tidak fakir habis-habis. Begitu ramai bijak pandai kerajaan negeri yang dibayar gaji oleh rakyat, takkan tidak mampu menyediakan satu blue print yang jitu sebelum projek dibuat.

Khabarnya Marina Harbour sedang diubahsuai untuk digunakan bagi kemudahan nelayan dengan kos tambahan RM7 juta. Bayangkan kalau RM38 juta diperuntukan untuk kemudahan nelayan dari awal, tentu lebih besar faedahnya.

Chalet Pulau Payar

Kerajaan Kedah belum dapat menjelaskan perihal projek chalet di Pulau Payar, bernilai RM6.8 juta. Ia siap dibina, dirasmikan Sultan Kedah, malangnya tidak dapat digunakan kerana tiada sijil layak menduduki (CF) serta ketiadaan sumber bekalan air. Sudahlah pembinaan mengakibatkan kerosakan ekologi hutan yang teruk, RM6.8 juta hangus.

Kompleks Ikan Bakar, Kuala Kedah

Ia satu lagi projek Gajah Putih. Projek bernilai RM6.8 juta menjadi tempat lepak monyet liar apabila tidak dapat digunakan kerana tiada jalam masuk yang sempurna serta tempatnya yang amat tidak strategik untuk menjadi tempat menjamu selera. Sudah dua tahun disiapkan dan kini dipenuhi semak samun.

Projek ikan bakar tidak menjadi tapi yang jelas duit rakyat yang terbakar.


Chalet Muzium Padi

Dibina berhampiran Muzium Padi, di kaki Gunung Keriang. Projek RM23 juta ini dibina pada 1997 selepas mengambil tanah bendang milik orang Melayu dengan harga murah
Lokasinya langsung tidak strategik sebagai tempat penginapan pelancong. Projek ini tidak sepatutnya terbengkalai kerana pembinaannya dibuat oleh Ekran Holding dan kerajaan telah menjelaskan bayaran RM23 juta.

Resort di Tasek Pedu

Resort di Tasek Pedu, semuanya sudah ditutup. Tasik Pedu mendapat suntikan kerajaan RM8.5 juta untuk dimajukan sebagai pusat pelancongan. Pada 1994, Holiday Inn Pedu Lake Resort beroperasi dan selepas itu dikenali sebagai Pedu Golf and Lake Resort pada 1999. Pada 2001 ditukar kepada Mutiara Pedu Lake Resort. Desa Utara Resort pula beroperasi pada 1995, namun ditutup Januari tahun ini.

Resort yang begitu cantik dan lengkap dengan prasarana kini terbiar macam tongkang pecah. Tiada kawalan keselamatan menyebabkan barang-barang yang tinggal lesap.
Kedua-dua resort rugi RM1 juta setahun akibat kehilangan pelanggan.

Jambatan Pulau Dayang Bunting

Menghubungkan Kuala Sala, Yan ke Pulau Bunting. Sewaktu dibina, ia diumumkan satu lagi destinasi pelancongan. Orang ramai boleh menikmati keindahan pulau dengan memandu kenderaan terus ke sana. Namun apabila projek RM38 juta itu siap, tiada jalan dibuat dari Kuala Sala ke jambatan tersebut.

Semua projek di atas dibuat bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk mengagihkan habuan kepada kroni dan kroni ‘memulangkan’ pula imbuhan kepada penganugerah projek.

II. Amil tanahumiuterap, serah pada pihak lain

BN di bawah kepimpinan Osman Aroff kecoh dengan isu pengambilan tanah rakyat di Tandop, Kerpan dan Yan (projek Jerai International Park).

Hari ini, kisah ambil tanah Melayu untuk projek mega berulang. Satu lagi kawasan tanah Melayu akan berpindah milik kepada pihak lain. Mereka menggunakan anak syarikat kerajaan Negeri iaitu Yayasan Islam Negeri Kedah (YIKED) yang mengadakan usahasama dengan sebuah syarikat pemaju bukan Bumiputera iaitu DXN Holdings Berhad.

Tanah Rezab Melayu seluas 100 ekar berhampiran Tol Plaza Alor Star Selatan, Tandop diambil YIKED menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 yang kononnya untuk projek pembangunan bercampur (Warta Kerajaan Jilid 49 No.396 bertarikh 17/8/06).

Hakikat sebenarnya bukanlah usahasama YIKED dan DXN Holdings, tetapi YIKED hanya menjadi lembu tunggangan DXN Holdings untuk tujuan ‘perampasan’ tanah milik Melayu dan tanah tersebut diserahkan kepada DXN Holdings untuk dimajukan. Ceritanya, cerita lama. Kisah Ali Baba. Malang, kerana Alinya ialah Yayasan Islam, menggunakan nama ‘Islam’ untuk menjual hak umat Islam.

Komponen projek antaranya hypermarket, pejabat, hotel, rumah kedai dan perumahan. Apabila siap, seperti biasa hampir semua berpindah milik. Pemilik asal tanah tidak mendapat apa-apa manfaat melainkan sedikit pampasan lalu membawa diri ke hulu mencari tanah yang lebih murah.

Satu lagi kawasan Tanah Rezab Melayu seluas 1000 ekar di belakang kilang tayar (Sime Tyres), Mergong juga menerima nasib sama. Projek Ali Baba mega ini dibangunkan PKNK dengan Teguh Harian.

Syarikat bukan Bumiputera itu memperalatkan PKNK untuk menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk projek pembangunan industri kecil dan sederhana. (Warta Kerajaan Jilid 49 No. 545 bertarikh 9/11/06). Dari pelan tataletak projek yang dipamerkan kelihatan lebih banyak lot perumahan daripada tapak kilang IKS.

Itu kisah projek mega. Bagi projek biasa, proses pengusiran orang Melayu juga berlaku. Kompleks Perniagaan Utama di Taman Pandan, Kompleks Perniagaan Mergong Jaya, Kawasan Industri Kristal, deretan rumah kedai di Peremba, Alor Mengkudu, Jalan Gangsa, Gunong Sali, Kuala Kedah; semua asalnya tanah bendang milik Melayu, tapi kini berpindah milik. Itu baru segelintir di kawasan Bandaraya Alor Setar, tidak tersenarai semua. Belum sebut lagi di daerah lain.

Sebenarnya itulah yang dimahukan Umno. Melalui kemasukan bukan Melayu ke kawasan tradisional Melayu, mereka akan mendapat keuntungan jangka pendek iaitu undi dalam pilihan raya nanti.

Di Kedah, undi bukan Melayu menjadi faktor penentu kemenangan Umno-BN kerana hakikatnya majoriti Melayu di negeri ini tidak memihak BN. Umno tidak menggunakan kuasa untuk menjana ekonomi Melayu tetapi untuk mengkayakan diri dan kroni.

Hak Melayu makin terhakis dan akhirnya Melayu akan merempat macam rakyat Palestin.

III. Teruknya, isu sampah pun tak boleh selesai

Sudah lebih setahun isu sampah di Bandaraya Alor Setar belum dapat diselesaikan. Sampah tidak berkutip, kekurangan tong sampah dan tong sampah lama yang rosak tidak berganti.

Punca wabak sampah ini ialah kerana MBAS, yang bernaung di bawah sebuah kerajaan negeri yang akan maju pada tahun 2010, hakikatnya tidak berduit untuk menguruskannya.

Kedudukan kewangan MBAS berada di tahap kritikal, menghampiri bankrap. Tiada apa yang pelik kerana ‘bapa’ MBAS - kerajaan BN Kedah - punyai hutang tertunggak RM2 bilion.

Jentera penerangan Umno Kedah terpaksa mencari daleh. Penjelasannya, ramai penghuni Bandaraya Alor Star tidak menjelaskan cukai pintu.

Teruk benar kerajaan BN Kedah yang mengharapkan cukai pintu untuk menguruskan pentadbiran dan pengurusan sebuah majlis bandaraya. Siapa boleh percaya kalau tiang-tiang lampu TNB yang semuanya ditukar dengan tiang berukir Sukma XI awal tahun ini adalah dari duit cukai pintu?

Jika kerajaan BN ada bajet untuk tujuan bermegah-megah, mengapa tidak tahu mencari bajet untuk kebajikan rakyat. Berapalah sangat harga 10 buah lori sampah berbanding RM113.1 juta yang dibazirkan dalam projek Chalet Pulau Payar, Chalet Muzium Padi, Marina Harbour, Kompleks Ikan Bakar, Pedu Resort dan Jambatan Pulau Bunting.

Malah mereka cekap pula mencari duit beratus ribu ringgit untuk pesta bunga api dan persembahana artis setiap kali menjelang tahun baru dan ulangtahun kemerdekaan.

Cukai pintu tidak wajar dijadikan alasan untuk mendera rakyat. Betul, tidak semua penghuni bandaraya bayar cukai pintu, seperti mana tidak semua rakyat Kedah undi BN dalam pilihan raya.

Tapi adilkah hanya kerana tidak semua bayar cukai pintu maka semua mesti terima hukuman, termasuk yang membayar cukai pintu.

Kegagalan mengutip cukai pintu sebenarnya berpunca dari kelemahan kerajaan juga. Mereka sentiasa mencanang kononnya kerajaan BN kaya raya, ekonomi gagah.

Rakyat terfikir, buat apa nak bayar cukai pada kerajaan yang sudah kaya raya.
PMN mahu bertemu Khairy 2 Mac ini
Ali Bukhari Amir


KUALA LUMPUR (Hrkh) - Parti Mahasiswa Negara (PMN) berhasrat menemui calon Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin pada 2 Mac depan bagi tujuan membincangkan beberapa agenda yang berkaitan kepentingan generasi muda negara.

"Kita lihat Khairy agak lantang dalam beberapa isu yang berkaitan kepentingan generasi muda. Contohnya, tentang isu prestasi sukan bola sepak nasional, gejala rempit, gangsterisme dan isu Kelantan belakangan ini," kata Presiden PMN Azlan Zainal melalui satu kenyataan media yang dihantar kepada Harakahdaily hari ini.

Azlan berkata, pada Ahad ini (2 Mac), seramai 50 orang sukarelawan PMN akan pergi berkampung di Parlimen tersebut untuk bertemu dan berbincang bersama beliau tentang agenda kepentingan generasi muda Malaysia.

"Pendirian PMN masih konsisten sebagaimana pendirian PMN di Parlimen Kepala Batas pada 24 Februari lalu ketika penamaan calon.

"PMN bukan mahu mencabar bekas Perdana Menteri atau Khairy atau mana-mana pihak. Kedatangan PMN cuma untuk berkongsi agenda kepentingan generasi muda di Malaysia. PMN berharap Khairy bersedia untuk bertemu kami pada hari tersebut," kata beliau.

Tambah Azlan, kalau pertemuan itu berlaku antara PMN, Khairy dan Umno Rembau; ada beberapa soalan yang ingin diutarakan di mana hal itu memerlukan jawapan jujur Khairy.

"Antara soalan-soalan tersebut ialah, jika terpilih ke Parlimen, mahukah beliau kukuhkan semula kedudukan bahasa Malayu dalam sistem pendidikan kebangsaan demi kepentingan generasi muda? Jika ya, bagaimana cara beliau melaksanakan semua itu?

"Keduanya, bersediakah Khairy menerima pelawaan PMN untuk berdebat berhubung isu kepentingan generasi muda seperti isu rempit, jenayah, gangsterisme yang kian berleluasa di Malaysia dalam tempoh terdekat ini?

"Ketiga, benarkah beliau terlibat dalam skandal pembelian saham ECM Libra-Avenue berjumlah 3 peratus atau RM9.2 juta? Bagi PMN, tokoh pemuda seharusnya bebas daripada spekulasi dan bersih," kata Azlan lagi.

Selain itu, katanya, PMN ingin bertanya pandangan beliau berhubung isu Wilayah Pembangunan Iskandar, Tanah Rizab Melayu (TRM) khasnya di Felda yang akan hangus lebih sekitar 17 peratus.

"Jadi, apakah langkah progresif demi menyelamatkan TRM bagi generasi muda di sana?
"Akhirnya, kita ingin bertanya Khairy apakah beliau sudi berwacana dengan PMN secara terbuka berhubung isu rasuah dan sistem nilai di Malaysia?" kata beliau.

Azlan berkata, pihaknya berharap agar kedatangan PMN ke sana untuk berkongsi agenda kepentingan generasi muda disambut baik oleh Khairy dan Umno-BN kelak
Umno-BN Kedah bergolak, hanya 300 hadiri majlis Abdullah
Helmi Khalid


ALOR STAR (Hrkh) - Pemerhati politik Kedah, Pak Tuan Syed, menegaskan bahawa Dato' Seri Mahdzir Khalid amat lemah dan tidak berpengaruh sebagai pemimpin sehingga terpaksa memanggil PM dan TPM turun berkempen di Kedah dalam Pilihan Raya Umum.

"Ini tidak pernah berlaku sejak puluhan tahun lalu, sekalipun ketika Tun Mahathir menjadi PM, beliau tidak perlu turun ke merata negeri Kedah ini," sambung Pak Tuan.

Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak terpaksa mengadakan lawatan mengejut ke Kedah sejak kelmarin, Abdullah memilih Kuala Kedah dan Jerlun, sementara hari ini, Najib ke Sik dan Pendang.

Para wartawan akhbar harian pula menyebut bahawa mereka amat terkejut dengan kehadiran yang amat sedikit ketika Abdullah di Padang Awam, Taman Sri Putra, Kuala Kedah.

"Hanya sekitar 200 hingga ke 300 orang sahaja yang hadir, belum pernah berlaku begini, cuma di Padang Sera, Kodiang agak lebih ramai sedikit dari biangan yang hadir di Kuala Kedah," cerita mereka.

Bagi Pak Tuan, kunjungan ke Kuala Kedah hanya sekadar menjaga hati bekas MB Kedah, Dato' Seri Syed Razak Syed Zain dan juga perasaan pengundi di sana atas sifat, Syed Razak sebagai Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah.

"Parlimen Jerlun terpaksa dipilih untuk menjaga hati Tun Mahathir, anaknya bertanding di sana, jadi Pak Lah turun berkempen untuk Mukhriz," tegas beliau lagi.

Katanya lagi, BN Kedah juga sudah kekeringan idea kerana membawa semula Najib ke Felda Sungai Tiang, tidak sampai sebulan lalu, Najib telah ke sana dan menemui para peneroka di Felda Lubuk Merbau, dalam jarak yang cukup dekat antara dua tempat ini.

"Sik sedang bergolak, Najib cuba nak jadi hero, orang Sik tak mahu Osman Desa di Parlimen, dia orang luar, ini tak dapat dinafikan, tetapi kehadiran Najib hanya menambahkan lagi marah rakyat kepada BN kerana orang Sik juga tidak berminat dengan Najib atas faktor terlalu banyak terpalit dengan isu rasuah dan wanita," sambung beliau.

Kem BN kali ini masih belum dapat digerakkan di mana-mana bahagian, anak muda sudah tidak bersama mereka dan pengundi bukan Islam juga dilihat sudah menunjukkan isyarat akan meninggalkan BN.

Dalam perkembangan lain, beberapa calon BN yang cuba mendekati rumah-rumah yang majoritinya pengundi Cina, dihalau dan diberi amaran untuk tidak datang lagi ke kawasan mereka atas alasan, hari ini calon-calon BN itu datang, lima tahun pula dia akan menemui mereka. - mks
Mufti Perlis ingatkan pengundi pilih pemimpin yang beriman
Bashir Ishak


KANGAR (Hrkh) - Sempena pilihan raya umum 8 Mac ini, Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru umat Islam memilih pemimpin yang mempunyai kewibawaan, kemampuan untuk melaksanakan tanggung jawab kepimpinan dan seorang yang menunaikan solat.

Dalam khutbahnya di Masjid Alwi Jumaat lalu, beliau mengingatkan dalam pemilihan menentukan kepimpinan, seseorang hendaklah tahu bahawasanya, pemilihan yang akan dilakukan olehnya mempunyai kaitan dengan nilai perasaan roh dan jiwa. Kerana seorang insan yang soleh akan mencari rakan yang soleh, dan seorang yang tidak soleh akan mencari orang yang tidak soleh.

Jika wajahnya tidak kelihatan di masjid, bukan orang yang menghadiri solat berjemaah bersama makmum, tidak ruku’ bersama orang-orang yang ruku’, tidak dikenali sebagai ahli solat, orang yang mendekatkan diri dengan Allah, maka dia tidak layak menjadi kepimpinan Umat Islam. Hendaklah pemimpin umat Islam, pemimpin yang mendirikan solat, katanya.

"Allah s.w.t memerintah kamu supaya kamu menunaikan amanah, kamu memberikan amanah kepada ahlinya yakni kepada sesiapa yang layak dan memerintahkan kamu agar apabila kamu berhukum, menjatuhkan hukuman di kalangan manusia, hendaklah kamu berhukum dengan adil. Allah memberi kurniaNya dengan Dia menasihatkan kamu sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mendengar lagi mengetahui," katanya memetik ayat AlQuran dari Surah AN-Nisa' ayat 58.

Memetik sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim katanya, "sesungguhnya roh, roh insan, roh kita ini, berbagai-bagai jenis. Apa yang dia kenal di antara satu sama lain, maka dia akan cenderung kepadanya. Apa yang dia tidak kenal, maka dia akan berselisih pendapat. Roh orang-orang yang beriman akan cenderung kepada orang-orang beriman. Roh orang-orang yang fasik akan cenderung kepada orang-orang yang fasik. Roh orang-orang yang ingin kebaikan akan cenderung kepada orang yang inginkan kebaikan.
Roh orang-orang yang inginkan kejahatan, akan cenderung kepada orang-orang yg inginkan kejahatan.

Justeru beliau mengingatkan seorang yang ingin dipilih sebagai pemimpin itu haruslah seorang yang sentiasa dilihat bersama-sama mendirikan solat berjemaah.

"Sesungguhnya yang menjadi pemimpin kamu ialah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman yang menunaikan solat, yang mengeluarkan zakat, dan mereka itu rukuk bersama dengan orang-orang yang rukuk," ujarnya memetik sepotong ayat al-Quran dalam surah Al Maidah.

Tambahnya, tidak boleh seorang pemimpin itu hanya hadir ke masjid untuk tujuan tertentu sahaja.

"Apabila pemimpin tidak kelihatan wajahnya di masjid, hanya wajahnya menjelang apabila ditampal posternya atau menjelang penamaan pemilihan namanya, maka dia bukan pemimpin orang-orang yang beriman. Mestilah rukuk bersama orang-orang yang rukuk.

Kelihatan pada solat fajar bersama jemaah, kelihatan pada solat isyak bersama jemaah, mempunyai kaitan perasaan dengan masjid, bukan hanya hadir ke masjid apabila ada program rasmi sahaja, menunaikan zakat, membelanjakan harta untuk perjuangan pada jalan Allah, membelanjakan harta untuk kebaikan umat Islam.

"Ramai orang boleh membelanjakan ribuan, ratusan ribu hartanya untuk politiknya. Tak ramai yang boleh membelanjakan hartanya semata-mata kerana Allah Azza Wajalla, untuk kepentingan agama, tanpa dicampur-adukkan dengan kepentingan diri. Jika ciri itu dimiliki dia adalah pemimpin orang beriman," ujarnya.

Beliau turut memberikan peringatan bahawa seorang pemimpin juga perlu terdiri dari kalangan orang yang berilmu.

"Hendaklah kamu faqih mempelajari agama, mempelajari hukum-hakam, mempelajari ilmu sebelum kamu dilantik menjadi pemerintah. Tidak boleh orang jahil menjadi pemerintah, tidak boleh orang jahil menjadi pemimpin. Mestilah kita umat Islam pandai dalam membuat pemilihan.

"Sesiapa yang selalu menghadirkan diri dalam pengajian di masjid dan mendengar pengajian yang benar, mendekatkan diri kepada Allah, dia layak menjadi pemimpin kita kerana dia telah menjadikan dirinya memahami agama. Bukan sekadar menganjurkan majlis agama tetapi dia mesti memahami agama, mesti memahami syariat Allah, mesti memahami hukum-hakam syarak, hadir memahami agama. Jangan akhirnya dia bercakap sesuatu yang bercanggah dengan agama.

"Maka jika dia tahu agama, zahir pada dirinya ciri-ciri kesolehan dan dari segi penampilannya, tanda-tanda orang yang tunduk dan ruku’ kepada Allah, pakaiannya, pakaiannya anak isterinya melambangkan dia faham hukum-hakam Allah. Maka jika itu berlaku, itulah yang disebut oleh Allah s.w.t, yang disebut Rasulullah s.a.w yang ditegaskan oleh Khulafa Ar-Rasyidin," serunya sambil memetik hadis dar Umar Ibnu Al Khattab r.a yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

Dr Mohd Asri sekali lagi mengingatkan pemilihan pemimpin harus berlandaskan akal dan iman.

"Mimbar ini tidak berkempen untuk sesiapa, bukan kepentingan kita untuk berkempen, kita menyeru umat Islam menggunakan akal dan imannya, apabila mereka menentukan kepimpinan untuk dirinya. Janganlah ketaksuban kepada puak golongan parti menyebabkan kita membutakan mata dalam menentukan keputusan yang diredhai oleh Allah dan Rasulullah s.a.w.

"Allah s.w.t menyebut dalam al-Quran, Jadilah orang-orang yang menegakkan kebenaran, saksi yang adil kerana Allah, janganlah kamu jadikan kebencianmu kepada sesuatu puak menyebabkan kamu tidak adil. Adillah, sesungguhnya adil itu dekat kepada taqwa.
Takutlah kamu akan Allah, sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui apa yang kamu lakukan.

"Marilah kita bertaqwa, beristikharah kepada Allah di dalam memilih sesiapa sahaja di kalangan kita supaya pemilihan itu mendapat keredhaan dari Allah," serunya lagi.
Dedah keburukan calon dibenarkan, bukannya mengumpat
Anis Nazri


KUALA LUMPUR (Hrkh) - Apa yang diketengahkan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengenai pendedahan keburukan pihak lawan itu bukanlah mengumpat dalam konteks memilih pemimpin.

Setiausaha Akhbar Presiden, Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir, berkata mengumpat itu membawa makna sesuatu yang begitu negatif, sedangkan apa yang dimaksudkan oleh Ustaz Hadi ialah mendedahkan keburukan seseorang yang berasas dan bersandarkan fakta.

"Apa yang diketengahkan Presiden bukan mengumpat kerana mengumpat ini satu benda yang sangat negatif. Apa yang dimaksudkan ialah mendedahkan keburukan pemimpin yang berasas seperti contoh Dato' Zakaria Derus yang digugurkan. Kalau dia dicalonkan, takkanlah tak boleh nak ceritakan dia buat rumah RM 8 juta. Itu fakta yang rakyat perlu tahu," jelas beliau dalam sidang akhbar, di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Dalam Islam, tambah beliau seseorang pemimpin yang mahu melayakkan dirinya sebagai seorang pemimpin, rakyat perlu tahu latar belakang dan jenis pemimpin yang perlu mereka pilih supaya pemimpin yang dipilih itu nanti adalah seorang pemimpin yang baik dan bersih.

Malah, katanya jika ada calon-calon PAS yang negatif dan BN ada bukti mengenainya, ia boleh didedahkan bagi kebaikan semua pihak.

"Dalam kes ini, akhbar cuma 'quote' ceramah dia (Ustaz Hadi) tanpa meminta penjelasan beliau. Lepas tu, bagi macam-macam tafsiran. Ini manipulasi," tegas beliau.

Manakala, Setiausaha Pemuda PAS, Ahmad Sabki Yusof, berkata mengumpat itu adalah cakap-cakap belakang, sedangkan apa yang didedahkan oleh pemimpin BA adalah secara terbuka, malah pemimpin yang dikatakan itu boleh mendengar apa yang didakwa pihak lawannya.

"Cakap-cakap ini secara terbuka. Pemimpin pun boleh dengar. Mereka sendiri boleh menafikan atau menjelaskan perkara sebenar berkenaan apa yang didedahkan oleh PAS," tegas beliau. - mks
Abdullah, BN Kedah tipu pengundi: Senaraikan calon yang pecah amanah
Azamin Amin


POKOK SENA (Hrkh) - Barisan Nasional (BN) khususnya di Kedah menerima tamparan hebat dan bakal kehilangan kepercayaan rakyat lantaran calonnya di Dun Bukit Pinang, Omar Saad telah dipecat daripada Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah termasuk jawatan yang disandangnya sebagai Setiausaha kerana didakwa pecah amanah.

Surat koperasi itu telah dikeluarkan kepada beliau termasuk tujuh lagi yang lain yang didapati bersalah kerana melakukan tindakan salah guna kuasa membabitkan urusan pembelian tanah seluas 105 relung dan pemecatan tersebut berkuatkuasa pada 25 Disember lalu.

Mesyuarat Agung Koperasi tersebut telah mendapati Omar bersalah setelah beberapa siasatan dibuat mengikut aturan seksyen 64 dan 66 akta koperasi berhubung isu berkenaan dan satu laporan polis juga telah dibuat oleh ahli koperasi di Balai Polis Daerah Kota Setar pada 5 Ogos lalu.

"Walaupun tidak mendatangkan implikasi dari sudut undang-undang termasuk pembatalan pencalonan beliau, pemecatan itu jelas membuktikan bahawa kewibawaannya untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab terhadap rakyat sangat diragui dan boleh mendatang kesan buruk kepada penduduk kawasan dan negeri Kedah sendiri,"kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar sewaktu dihubungi Harakahdaily baru-baru ini.

Malah beliau sangsi bagaimana Pengerusi BN, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi boleh meluluskan senarai calon seperti Omar yng sudah jelas melakukan kesalahan sedangkan kriteria memilih calon yang diuar-urakan selama ini adalah bersih.

"Abdullah kata dia sudah 'scan' calon-calon dan mendapat maklumat daripada pelbagai agensi seperti polis, Badan Pencegah Rasuah (BPR), kastam dan sebagainya untuk memastikan mereka benar-benar bersih.

"Sebaliknya Abdullah tipu rakyat, senaraikan juga calon bermasalah kepada rakyat," katanya lagi.

Natijahnya kata Mahfuz, terbukti Abdullah sangup menipu rakyat khususnya penduduk di Dun dan Parlimen Pokok Sena dalam menampilkan calon berwibawa.

Bagaimanapun Mahfuz hairan seorang bekas calon Aman Khan telah digugurkan oleh BN daripada bertanding di Jitra kerana turut dipecat daripada koperasi yang sama.

Tempat beliau kemudian digantikan dengan Dato' Saad Man sebaliknya Omar Saad masih tersenarai menjadi calon, kata Mahfuz.

"Pak Lah sanggup hina kami, rakyat Kedah kerana memilih calon korup dan dalam masa sama paksa penduduk pilih calon yang korup untuk jadi wakil rakyat," katanya.

"Apakah jaminan jika beri mandat kepadanya, sedangkan waktu menjadi setiausaha pun dia telah pecah aman," katannya yang merupakan calon PAS bagi Parlimen Pokok Sena.

Beliau dalam pada itu menyeru seluruh penduduk negeri Kedah dan rakyat menolak semua calon BN di semua tempat khususnya di Dun tersebut pada pilihan raya umum akan datang dan memberi peluang untuk PAS yang akan menjalankan tangungjawab penuh amanah dan dedikasi selaras dengan tuntutan agama.

"Jika beliau sanggup menipu koperasi dan guru-guru, apa jaminan beliau tidak akan melakukan perkara sama kepada para petani dan penduduk miskin di kawasannya," katanya.

"Saya menggesa supaya Abdullah dan Menteri Besar Kedah menarik balik pencalonan Omar Saad kerana Aman Khan juga tidak disenaraikan sebab kes yang sama. Jika tidak Abdullah jelas telah menyenaraikan calon tidak bersih dan rakyat perlu menolaknya," kata Mahfuz yang pernah memenangi kerusi Parlimen Pokok Sena pada tahun 1999. - mks.
RM300 juta Piala Monsun sama belanja kerajaan negeri PAS


(Harakah) - Perbelanjaan menganjurkan Piala Monsun termasuk prasarana yang dikatakan berjumlah RM300 juta sebenarnya menyamai perbelanjaan mentadbir negeri Terengganu selama setahun di bawah pemerintahan PAS sebelum ini, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Abu Bakar Chik.

Beliau yang merupakan bekas Exco kerajaan Terengganu semasa pemerintahan PAS, menyifatkan penganjuran Piala Monsun itu membazir dan tidak banyak memberi keuntungan kepada rakyat.

Sebaliknya kata beliau ia hanya memberi keuntungan peribadi untuk segelintir orang luar terutama Dato' Patrick Lim dan dalam Terengganu.

Beliau yang ditemui di sini berkata maklumat perbelanjaan penganjuran itu telah disiarkan oleh sebuah majalah terkemuka bagi Asia Pacific.

"Inilah pemerintahan Umno Terengganu selama 40 + 4 tahun pemerintahan mereka yang menyusahkan rakyat. Perancangan dan program bukan untuk menguntungkan rakyat kebanyakan sebaliknya hanya segelintir yang menikmati keuntungan,"katanya lagi.

Segelintir inilah yang mewujudkan jurang pendapatan yang semakin melebar di bawah pemerintahan Umno.

"Golongan mereka membolot hasil negeri berganda-ganda sebaliknya rakyat hanya menerima cebisan malah sebahagian besar rakyat tidak menikmati faedah langsung sebaliknya menjadi rakyat yang menangung kerugian dan pembaziran program tersebut," ujarnya yang ditemui di sini.

Tambah beliau, kerana Piala Monsun rakyat Terengganu terpaksa membayar cukai pintu yang dikenakan oleh pemerintahan Umno untuk menampung berbelanjaan mentadbir negeri. Sedangkan cukai pintu telah dimansuhkan dibawah pemerintahan PAS.

Sebelum ini, isu penganjuran kejohanan kapal layar Piala Monsun di Pulau Duyung, Terengganu, telah dibangkitkan pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat mengenai Intergriti.

Pengerusi Jawatankuasa itu, Dato' Dr Wan Hashim Wan Teh berkata, pihaknya diberitahu bahawa rakyat Terengganu tidak puas hati kerana sukan tahunan itu menelan belanja besar tetapi tidak banyak memberi faedah kepada mereka.

"Sebagai contoh, kata mereka, hotel tidak menerima banyak tempahan sempena kejohanan itu," ujar Wan Hashim kepada pemberita selepas sesi pendengaran awam itu di Wisma Darul Iman, Terengganu sebelum ini.

Penganjuran Piala Monsun ini terut merakamkan kenangan manis Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama Datuk Michelle Yeoh.

Sebagai seorang cucu kepada ulama tidak sepatutnya berlaku berbuatan memegang bahu wanita tanpa berlapik kecuali beliau sebagai popular Islam Hadhari yang mengambarkan satu dimensi agama baru boleh bertindak demikian.

Bagi Islam perbuatan tersebut sangat tidak berakhlak dan bermoral apalagi sebagai seorang pemimpin yang ternama dan sering bercakap atas kapasiti Islam.

Malah gambar tersebar luas itu cukup menjelekkan apabila rakyat hari-hari mendengar lagu 'Ku Cari Damai Abadi' yang disiarkan TV sempena kempen pilihan raya ini.
Misi Khairy rosakkan pembangkang: Pemuda PAS dakwa BN tidak demokratik
Oleh Salahuddin Ayub, KLPOS.COM


DEWAN Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius pengakuan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tentang tugasnya untuk merosakkan pembangkang.

DPP Pusat berpandangan tugas dan kegiatan Khairy ini adalah amat tidak demokratik kerana bertujuan untuk merosakkan pembangkang, sedangkan sebagai parti pemerintah, BN sepatutnnya berlapang dada dengan pembangkang dan menganggap pembangkang sebagai penasihat yang positif kepada kerajaan.

Amat aneh sekali bagi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi melantik seorang pemimpin khusus untuk merosakkan pembangkang.

DPP Pusat tidak terkilan jika BN menyusun strategi untuk mengalahkan mana-mana parti pembangkang kerana adalah senario biasa dalam amalan demokrasi.

Tetapi jika untuk merosakkan pembangkang, ia adalah amat memalukan sekali. Keadaan yang ada ini membuktikan bahawa Khairy adalah orang belakang tabir yang bertanggungjawab terhadap keruntuhan sistem demokrasi di negara ini.

Tidak mustahil institusi-institusi awam seperti SPR dan polis yang telah hilang kebebasannya kerana peranan Khairy ini.

Benar juga dakwaan Tun Dr Mahathir bahawa negara Malaysia dikuasai oleh Tingkat 4 JPM setelah Perdana Menteri tertidur.

Tugas dan fungsi Khairy untuk merosakkan pembangkang memang telah lama dikesan. Dia pernah menggelarkan Tun Dr Mahathir sebagai ‘beruk’ ketika bekas Perdana Menteri itu kuat membangkang Pak Lah.

Dan di Ijok, kenakalan Khairy lebih menonjol sehingga menjadi bahan ketawa rakyat.

Hari ini Khairy berusaha meluaskan pengaruhnya dalam Umno/BN dengan membunuh watak-watak yang membangkang kegiatannya.

Dia bukan sahaja merosakkan parti pembangkang, tetapi sesiapa sahaja yang membangkang gerakannya.

Hampir semua rakyat tahu bahawa Khairy yang tidak mempunyai apa-apa jawatan tetapi amat berkuasa terhadap dasar-dasar kerajaan.

Sebenarnya, Khairy tidaklah begitu berkesan dalam merosakkan parti pembangkang, tetapi amat berkesan dalam menjahanamkan sesiapa sahaja yang cuba membangkang gerakan sulit beliau dalam menguasai politik dan ekonomi negara.

Setelah menggelar Dr Mahathir sebagai ‘beruk’ kerana kritikan-kritikan Dr Mahathir yang menjejaskan kredibilitinya, Khairy sentiasa berusaha menurunkan pemimpin-pemimpin BN yang tidak sebulu dengan beliau.

Di Selangor, Khir Toyo nyaris tersingkir kerana dikatakan bukan dari kem Khairy. Di Terengganu, menteri besar terselamat kerana sanggup menjadi kuda tunggangan Khairy walaupun tidak disukai oleh pemimpin Umno Terengganu.

Dalam aspek ekonomi, hampir seluruhnya telah jatuh ke tangan Khairy, dan mana-mana pihak yang cuba membangkangnya telah dirosakkan peluang-peluang ekonomi mereka.

Inilah Khairy, makhluk perosak demokrasi negara.
Najib 'arah' anggota tentera di Kelantan undi BN
Salmiyah Harun


KUALA LUMPUR (Hrkh) - Tidak cukup dengan undi pos khusus untuk pegawai keselamatan negara, hari ini Dato' Seri Najib Tun Razak di atas kuasanya sebagai Menteri Pertahanan 'memaksa' kakitangan tentera untuk mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kali ini.

Najib secara terbuka 'merayu' di hadapan kakitangan tentera supaya mengundi BN ketika dalam lawatannya di sebuah kem tentera di Kok Lanas, Kelantan petang tadi.

Mengulas perkara ini, Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar ketika dihubungi berkata, dalam kerajaan 'caretaker', SPR sepatutnya menghalang sebarang bentuk program dan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin atas kapasiti mereka sebagai menteri kabinet.

Katanya, Najib sebagai calon BN tidak sepatutnya menggunakan kuasa dan kedudukannya untuk merayu mereka di bawahnya supaya mengundi BN.

"Tetapi nampaknya Najib menggunakan kuasanya sebagai Menteri Pertahanan untuk 'mengarahkan' kakitangannya mengundi BN," katanya.

Katanya, perbuatan itu adalah satu bentuk penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh calon BN untuk memberi tekanan kepada tentera supaya menyokong mereka.

Beliau juga berkata, rayuan Najib itu turut menggambarkan bahawa warga tentera tidak lagi senang dengan pimpinan negara.

"Sebab itulah sekarang ini Najib memaksa dirinya untuk merayu kepada kakitangan tentera untuk mengundi BN," katanya.

Menurut Mahfuz, Najib menggunakan kuasanya semata-mata mahukan sokongan kepada BN dan keadaan ini menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan tentera pada hari ini.

Tegasnya, kakitangan tentera sepatutnya dibela dengan baik bukannya dipergunakan untuk kepentingan parti mereka.

Justeru, Mahfuz berharap supaya kakitangan tentera mengenepikan sebarang bentuk tekanan ke atas mereka dengan melihat kepentingan negara dan generasi yang akan datang.

"Mereka sebagai pahlawan negara dan bangsa perlu menyelamatkan negara yang sedang menuju kemusnahan kerana cara BN yang tidak memberikan keuntungan kepada rakyat," katanya. - mns

Rabu, 27 Februari 2008

Abdullah jaja modal 'expired' di Kelantan


Apa yang terdedah semalam turut mendedah dan mengenalkan kepada umum khususnya rakyat Kelantan siapa dia Abdullah sebenarnya.

Oleh Mohd Sayuti Omar

Kehadiran Perdana Menteri merangkap Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke Kelantan baru-baru ini berbeza tujuan dengan beberapa kunjungan beliau sebelum ini.

Ia juga amat bertentangan dengan semangatnya ketika beliau hadir pada majlis pelancaran pelan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) pada akhir tahun lalu.

Kalau sebelum ini Abdullah tidak membuka naluri politiknya tetapi kali ini berbeza.
Sebelum ini beliau cuba menyembunyikan apa yang terbuku di hatinya dan menjaga utuh prinsip dan kapasitinya selalu Perdana Menteri untuk semua rakyat seperti mana yang sering diucapkan bila berada di Kelantan. Beliau menghindarkan 'berdendam' dengan rakyat Kelantan.

Rakyat Kelantan menghormati kepada sikap dan perwatakan beliau sebelum ini. Para penyokong PAS juga merasa sejuk dan suhu marahnya (sentimen) terhadap beliau juga menurun. Sesetengah ahli PAS merasakan Abdullah mudah untuk diajak berunding berhubung kepentingan dan keperluan mengenai bangsa dan agama.

Tetapi kehadirannya 4 Februari lalu berbeza dan merubah lanskap politiknya di Kelantan secara drastik. Perasaan dan suasana selesa rakyat Kelantan yang sebelum ini terhadapnya bertukar secara tiba-tiba.

Apa yang terdedah semalam turut mendedah dan mengenalkan kepada umum khususnya rakyat Kelantan siapa dia Abdullah sebenarnya. Sikap itu memberi peluang kepada rakyat Kelantan untuk menilai kemudian menghukum Abdullah dengan sewajarnya.

Tegas kehadirannya kali ini lebih atas sifat seorang presiden parti dan bukan seorang Perdana Menteri tetapi tetap menggunakan segala kemudahan Kerajaan.

Dalam tiga kunjungannya ke Kelantan sebelum ini beliau tidak tercelupar bercakap soal hendak rampas Kelantan. Bahkan beliau tidak menyebut langsung soal itu. Acahan dan juga lambungan pemimpin-pemimpin Umno Kelantan untuk tujuan itu juga tidak dibalas sehinggakan ada kalanya sikap pasif beliau mengenai perkara itu mengecewakan sesetengah pemimpin Umno Kelantan.

Mereka (pemimpin) Umno beranggapan Abdullah lembek dan seolah-olah turut sama bersimpati dengan Kerajaan Kelantan pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Walaupun ada pemimpin Kelantan yang tidak habis mengecam dan mengkritiknya namun beliau buat endah tidak endah saja.

Sikap itu diterjemahkan betapa beliau tidak berminat mengganggu Kelantan dan masih meneruskan pandangan politik bekas PM sebelum ini; bahawa Kelantan biarlah dimenangi oleh Pas kerana ia boleh menjadi pengimbang politik Melayu.

Ketika memulakan kempen terbuka untuk merampas Kelantan pada kunjungan keempat itu, Abdullah cuba menarik perhatian rakyat Kelantan dengan apa yang berlaku di Terengganu. Beliau menjadikan Terengganu sebagai modal dan contoh kepada rakyat Kelantan. Kononnya disebabkan rakyat Terengganu bijak (menumbangkan Kerajaan PAS) maka negeri itu kini maju dan mendapat nikmat pembangunan, banyak dibawahnya.

Nampaknya beliau sangat berharap tindakan dan perubahan di Terengganu itu akan menular ke Kelantan. Hasrat ini jelas terkandung dalam kata-katanya pada sidang akhbar di hari itu. "Maka saya harap pengundi akan memilih BN untuk memerintah Kelantan, seperti (kita) yang kita lakukan di Terengganu," ujarnya.

Abdullah begitu bangga dengan pencapaian Terengganu dan yakin rakyat Kelantan akan mengikutinya. Mungkin itu harapan dan impian Abdullah. Tapi rakyat Kelantan ada citarasa dan iktiqadnya tersendiri dalam politik. Sesuatu yang dilupai bahawa rakyat Kelantan bukan obses kepada pembangunan yang bertentangan dengan nilai hidup mereka

Sifat qanaah menjadi amalan rakyat Kelantan.

Apabila Perdana Menteri itu menjadikan Terengganu sebagai modal dan mengisahkan mengenai kehebatan Terengganu dari segi pembangunan, mewar-warkan mengenai plan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) seperti sudah tersuluh beliau ingin menjadikan pembangunan sebagai modal dalam pilihan raya akan datang.

Seperkara lagi yang beliau sebut dan menjadi brand dalam pentadbirannya ialah modal insan. Katanya beliau akan menekankan kepada pembangunan modal insan dengan mewujudkan banyak pusat latihan kemahiran di Kelantan .

Apakah modal insan versi Abdullah? Modal insan atau pembangunan insan sudah lama diwujudkan di Kelantan sebelum beliau menjadi Perdana Menteri lagi. Modal insan itu dimengertikan dengan pembangunan manusia. Institusi pembangunan insan paling ampuh yang ada di Kelantan dan tidak wujud di negeri-negeri Pantai Barat ialah seperti pengajian pondok, kuliah agama di surau, sekolah agama dan sebagainya.

Menerusi projek pembangunan manusia Kerajaan Kelantan ini ia bukan sahaja setakat menjamin manusia berjaya dalam kehidupan duniawi tetapi juga ukhrawi.

Pembangunan insan versi dan amalan Kerajaan PAS lebih luas dan universal sifatnya.

Sekiranya Abdullah membuat sedikit 'pengkajian' dengan membelek kitab Al Ghazali, As-Shafei dan sebagainya berhubung terjemahan mereka mengenai pembangunan manusia, rasanya beliau tidak tergamak menjaja dua modal itu untuk menarik minat rakyat Kelantan untuk menolak Kerajaan yang ada hari ini. Lagi pun kedua modal itu khasnya pembangunan sudah basi di Kelantan.

Modal pembangunan telah lama digunakan untuk tujuan menarik sokongan rakyat kepada Barisan Nasional. Sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman membawa ke zaman Tun Razak hingga ke zaman Dr Mahathir Mohamad isu pembangunan tidak pernah dilupakan.

Setiap kali pilihan raya manifesto BN menjanjikan ratusan billion projek pembanguan untuk rakyat. Tetapi semuanya ditolak oleh rakyat. Pembangunan material yang kering tanpa diisi dengan roh pembangunan ukharawi sebenarnya tidak mudah diterima oleh rakyat Kelantan.

Jadi kedua isu atau modal yang ditaburkan oleh Abdullah dalam usaha untuk menarik perhatian rakyat agar menolak PAS tidak ubah seperti umpan yang telah basi yang tidak akan dipatuhi dan loya untuk ditelan. Kesimpulannya Abdullah telah melancarkan kempen menjatuhkan Kerajaan PAS Kelantan dengan menjaja modal 'expired' di Kelantan.
Calon BA lapor BPR BN guna premis awam sebagai bilik gerakan
Basiron Abdul Wahab


TEMERLOH (Hrkh) - Calon Barisan Alternatif (BA) Parlimen Temerloh dan Dun Semantan membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berkenaan penyalahgunaan balai raya dan premis awam di dalam kawasan parlimen Temerloh oleh Barisan Nasional (BN).

Calon KeAdilan P.88 Parlimen Temerloh, Ahmad Nizam Hamid diwakili wakil calonya, Hashim Abdullah dan calon PAS kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) N.32, Kuala Semantan Syed Hamid Mohamad diiringi peguam Abdullah Abdul Karim mengemukakan laporan bertulis di Pejabat BPR Cawangan Temerloh pada jam 11.00 pagi tadi.

Dalam sidang medianya, Hashim berkata, laporan dibuat berdasarkan peruntukan Seksyen 12 (1) Akta Kesalahan Pilihan 1954 dan Seksyen 21 (1) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Beliau berkata antara premis awam yang digunakan BN ialah balai raya di Kampung Tanjung Batu, Paya Pulai dan Bukit Kemuning.

"Perbuatan menggunakan premis kerajaan yang dibina dengan dana awam untuk sebuah parti politik (BN) amat berleluasa dalam kawasan Parlimen Temerloh," ujarnya.

Menurut Hashim, beliau telah membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat wakil-wakil calon dengan pegawai pengurus pilihan raya pada 24 Febuari lalu, pada 25 Febuari pihak pengurus pilihan raya mengeluarkan satu surat jawapan menyatakan pejabat daerah telah menyerahkan semua balai raya di dalam daerah Temerloh kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung (JKKK) bagi tujuan penyelenggaraan dan kegunaan harian.

Salinan laporan BPR turut diserahkan kepada pegawai pengurus pilihan raya yang juga Pegawai Daerah Temerloh, Abu Jamal Nordin.

Dalam pertemuan dengan Abu Jamal di pejabatnya, beliau menerima salinan laporan BPR itu.

Beliau berkata pihak kerajaan negeri telah menyerahkan semua balai raya kepada JKKK melalui pejabat daerah tetapi bukan untuk disalahguna.

Beliau tidak mengetahui wujudnya balai raya yang dijadikan bilik gerakan pilihan raya oleh parti-parti politik sehingga menerima laporan ini.

"Saya tidak tahu wujudnya balai raya dijadikan bilik gerakan, baru sekarang saya tahu," ujarnya.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah calon PAS Kuala Semantan, Syed Hamid Mohamad dan peguam Abdullah Abdul Karim.

Sementara itu Syed Hamid berkata, perbuatan menyalahgunakan premis awam ini telah sejak dahulu lagi.

Katanya, semasa menjadi wakil calon kepada Dr Abdul Wahab Ismail dalam pilihan 2004 lalu, bantahan sama dibuat BA dan pihak pengurus pilihan raya mengambil tindakan segera mengarahkan BN mengosongkan premis berkenaan.

Hashim berkata, pihaknya menuntut keadilan daripada pihak pengurus pilihan raya untuk memastikan penyalahgunaan premis kerajaan serta lain tidak berleluasa.

Difahamkan selain balai raya, BN turut menggunakan balai penerangan, balai belia untuk dijadikan bilik gerakanya. Semua premis berkenaan dibina menggunakan wang rakyat tetapi BN menggunakanya untuk kepentingan partinya. - mns
Ahli JKKK dan Puteri Umno sertai PAS
Adnan Ibrahim


MARANG (Hrkh) - Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Abdullah Mamat, 65 bersama anak beliau Ahli Puteri Umno, Shamsiah Abdullah menyertai PAS kerana Umno gagal memberikan kebajikan kepada mereka.

Ketika ditemui di rumah beliau di Kampung Asing, di sini, malam tadi, beliau menceritakan bagaimana pemimpin Umno mengasingkan beliau daripada mendapat hak sebagai ahli JKKK.

"Setiap Ahli JKKK ada empat kouta wang ehsan untuk diagihkan kepada rakyat di bawah urusan ahli JKKK masing-masing.

"Bagaimanapun saya dinafikan hak tersebut untuk diberikan kepada penduduk di kawasan saya," ujarnya.

Beliau juga melahirkan kekesalan terhadap pemimpin Umno kerana tidak megagihkan secara adil wang ehsan sebaliknya ingin mengaut sesama sendiri.

"Mereka mahukan pengaruh jadi peimpin ini membolot agihan wang ehsan yang sepatutnya disalurkan kepada Ahli JKKK," tambah beliau.

Beliau bersama anaknya membuat pengisytiharan itu ketika menyerahkan borang menyertai PAS kepada Timbalan Pesuruhajaya PAS Terengganu, Dato' Abu Bakar Chik.

Beliau dan anaknya cukup berkeyakinan menyertai PAS sehingga bersedia menjadikan rumah beliau sebagai tempat ceramah calon PAS, Mohd Deraman yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Berangan.

Mengulas peluang PAS di kampung ini, beliau berkata tawaran PAS kepada pengundi sebenarnya cukup menarik terutama untuk memastikan rakyat miskin mendapat pembelaan, memiliki tanah dan rumah sendiri.

"Anak-anak muda di sini juga mahukan pekerjaan dan jika PAS diberi peluang memerintah ingin memastikan setiap rakyatnya mendapat peluang pekerjaan dengan langkah mengurangkan pekerja asing.

"Bilangan pekerja asing yang semakin ramai ke negeri ini turut mengundang masalah sosial dan jenayah. Jadi langkah PAS itu bersesuaian memastikan rakyat mendapat kerja di samping memastikan negeri kurang jenayah," katanya.

Menurut beliau dalam soal pekerjaan bukan sahaja golongan belia tidak mempunyai pekerjaan malah orang dewasa juga ada yang kerja tidak menentu.

Keadaan inilah kata beliau menyebabkan rakyat Terengganu masih dalam arus kemiskinan. - mns
Nor Mohamad didakwa labur RM1 juta untuk pastikan kemenangan
Mohd Sabri Said


TASEK GELUGOR (Hrkh) - Calon Parlimen P.42 Tasek Gelugor, Tan Sri Nor Mohamad Yaacob dipercayai membuat pelaburan RM1 juta untuk memastikan kemenanganya di parlimen tersebut sekali gus mengenepikan pandangan setengah pihak bahawa beliau tiada sengat kerana bertanding di tempat orang.

Harakahdaily difahamkan, semalam jentera Barisan Nasional (BN) mula mendapat durian runtuh berupa wang poket, jaket, topi dan sebagainya.

Walaupun bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Dato' Shariff Haji Omar nampak rapat dengan Tan Sri Noh semasa hari penamaan calon di Dewan Besar Sungai Dua pada 24 Februari lepas tetapi ramai tahu itu hanya lakonan semata-mata kerana Dato' Shariff bukan senang memberi laluan pada sesiapa jika beliau tidak dianugerahkan satu jawatan yang boleh menjamin hidupnya.

Ramai orang memperkatakan beliau bakal dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang pada pertengahan tahun ini mengantikan Gabenor yang sedia ada.

Namun, beliau juga mempunyai perancangan tersendiri untuk membawa Tan Sri Noh ke kawasan bukan tumpuan untuk memperkenalkan calon rakyat.

Cara ini dipercayai untuk membunuh pengaruh calon luar seperti yang terpampang di kain rentang bila ura-ura Tan Sri Noh ingin di bawah masuk bertanding di parlimen tersebut sebelum ini.

Mulai semalam petugas Umno dicurahkan wang ringgit bagi mengerakkan jentera mereka terutamanya mencuri hati remaja agar bekerja untuknya pada pilihan raya umum akan datang.

Peringkat permulaan wang sebanyak RM250 ribu telah dibahagikan sehari dua ini kepada 'kepala jentera' masing-masing.

Harakahdaily juga mendapat tahu, satu program hiburan sedang diatur pada 1 Mac ini bertempat di Dewan Besar Sungai Dua. Program "Bersantai Bersama Jamal Abdillah' bertujuan mencuri tumpuan pemuda untuk berhibur di samping berpoya-poya sesama sendiri setelah mendapat limpahan wang yang ditaburkan. - mns
Sindrom kurang daya tahan landa pengajar universiti
Saidah Hairan


KUALA LUMPUR (Hrkh) - PAS kesal dengan kewujudan kumpulan pemantau pilihan raya di kalangan pihak universiti yang ditugaskan melaporkan kakitangan dan pelajar yang menyertai kumpulan penyokong BN dan pembangkang termasuk pada hari penamaan calon lalu.

Sumber memaklumkan kepada Harakahdaily kumpulan pemantau tersebut dibekalkan dengan kamera supaya menghantar laporan dan gambar kepada pihak pentadbiran jika didapati kakitangan dan pelajar universiti terlibat dalam sebarang kegiatan berkaitan pilihan raya.

Walaupun mereka diarahkan memantau jentera dan pergerakan BN dan parti lawan, apa yang sering berlaku tindakan hanya diambil terhadap pelajar dan kakitangan universiti yang menyertai pembangkang.

Mengulas perkara tersebut, AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata tindakan itu merupakan fenomena lama yang berulang setiap kali pilihan raya.

Beliau berkata apa yang berlaku pemantau tersebut akan membuat laporan terhadap pelajar dan kakitangan universiti yang berkempen untuk pembangkang.

"Dengan wujudnya pasukan pemantau ini, ia membuktikan sikap dan pemikiran sesetengah pelajar dan kakitangan universiti seperti 'orang utan'," katanya.

Pada pilihan raya 8 Mac ini Idris akan mencabar calon Umno-BN, Dato' Mukhriz Mahathir di Parlimen Jerlun.

Menurut beliau, walaupun sesetengah tenaga pengajar universiti mempunyai ijazah tinggi, mereka diserang sindrom kurang daya tahan sehingga tidak mampu membina jati diri dalam profesion mereka.

Sebab itu katanya, tidak hairan hari ini sukar menemui tokoh-tokoh akademik yang menjadi penganalisis dan pengkritik hebat seperti Profesor Dr Jomo K Wamesundram, Prof Dr Syed Husin Ali dan Dr Sanusi Othman.

Katanya, walaupun pihak kerajaan tidak menerima pakai pandangan mereka, pihak luar termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf kepakaran mereka.

Menurut beliau, sindrom kurang daya tahan di kalangan cendekiawan ini amat bahaya kerana boleh menyebabkan manusia hilang maruah dan harga diri.
Harga minyak pasti naik kalau BN menang besar
Abdul Halim Mohd Rashid


KOTA BHARU (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa tidak ragu-ragu bahawa harga minyak akan dinaikkan jika Barisan Nasional (BN) menang besar dalam pilihanraya ini.

"Ini saya jamin," tegas beliau dalam sidang media hariannya di sini.

"Kalau Barisan Nasional (BN) menang besar, mereka akan dakwa rakyat tak ada masalah (walaupun) harga minyak naik, harga barang naik," katanya lagi sambil menambah beliau bersetuju dengan pandangan yang menyatakan bahawa pilihan raya diadakan lebih awal untuk memudahkan kerajaan BN menaikkan harga minyak.

Ketika diminta mengulas penafian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa harga minyak akan dinaikkan selepas BN menang pada pilihan raya umum 8 Mac ini, beliau menyifatkannya sebagai cakap-cakap "lidah tidak bertulang".

Husam juga tidak melihat kenyataan Najib itu sebagai satu janji. "Jaminan (yang) tidak diikat dengan apa-apa," katanya.

Beliau melihat kecenderungan menaikkan harga minyak telah bermula sejak November lalu apabila menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin mencadangkan supaya dirombak sistem subsidi termasuk subsidi minyak.

Husam pernah menyifatkan cadangan Khairy itu sebagai helah untuk "mengangkasakan harga minyak".

"PM pula kata nak kaji (cadangan Khairy itu)," katanya dalam sidang media hariannya sempena pilihan raya umum di sini.

Beliau menggesa rakyat supaya jangan mengundi BN untuk menyedarkan parti itu.
"Kalau beri mandat besar (kepada BN), mala petaka akan berlaku," Husam mengingatkan.
Altantuya munkin tidak berpakaian ketika diletupkan: Pakar



SHAH ALAM: Altantuya Shaariibuu yang ditemui mati dalam keadaan berkecai di kawasan belukar di sini pada November 2006 berkemungkinan tidak berpakaian ketika diletupkan kerana tiada cebisan pakaian dijumpai di tempat kejadian, kata perunding forensik, Dr Mohd Shah Mahmood pada perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia itu.

Katanya berdasarkan penelitiannya di tempat kejadian di kawasan belukar antara Puncak Alam dan Puncak Perdana di sini, beliau mendapati tidak terdapat sebarang bentuk gentian di situ.

"Saya ke tempat kejadian pada 7 dan 9 Nov 2006 untuk membuat siasatan berkaitan mayat yang dijumpai di sana. Berdasarkan penelitian saya, kemungkinan si mati tidak berpakaian semasa mendapat kecederaan tersebut," kata Dr Mohd Shah, Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur.

Katanya semasa membuat siasatan di tempat kejadian, beliau menjumpai 322 serpihan tulang manusia di situ.

Ketika ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengapa beliau pergi ke tempat kejadian sebanyak dua kali, Dr Mohd Shah berkata ini kerana pada pemeriksaan awal pada 7 Nov, beliau mendapati serpihan tulang yang dijumpai tidak mencukupi untuk membentuk satu rangka manusia yang lengkap.

"Saya kemudiannya mencadangkan kepada pegawai penyiasat ASP Tonny Lunggan untuk menjalankan pencarian yang lebih teliti," kata Dr Mohd Shah pada hari ke 93 perbicaraan kes itu.

C/Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Kpl Sirul Azhar Umar, 37, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas dituduh membunuh Altantuya, 28, antara 10 malam 19 Okt 2006 dan 1 pagi keesokannya, di satu kawasan di Bukit Raja di sini.

Penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, pula dituduh bersubahat dengan mereka.

Ketiga-tiga tertuduh boleh dihukum mati jika disabit kesalahan.

Dr Mohd Shah, 48, berkata setelah menjalankan pemeriksaan semula pada hari kedua pada 9 Nov dan setelah selesai pemeriksaan lanjut terhadap serpihan tulang dan selepas dicantumkan, serpihan tulang itu masih lagi tidak dapat membentuk satu rangka manusia yang lengkap.

Saksi pendakwaan ke-70 itu berkata beliau membuat pemeriksaan lanjut dan pencantuman serpihan tulang itu bersama-sama dengan Dr Nurliza Abdullah, pakar forensik antropologi.

Kepada satu lagi soalan Tun Abdul Majid, beliau berkata kesemua serpihan tulang diserahkan kepadanya oleh Lunggan di bilik mayat Jabatan Forensik, HKL.

Dr Mohd Shah berkata pegawai penyiasat itu menyerahkan 34 bungkusan barang kes kepadanya untuk dianalisis dan kemudiannya untuk diserahkan kepada Jabatan Kimia.

"Daripada 34 bungkusan barang kes itu saya mengambil dua set sample. Set pertama untuk tujuan "swab sample" untuk mengesan kehadiran bahan letupan, jumlahnya 19 swab. Set kedua ada empat sample iaitu dua contoh serpihan tulang dan dua contoh rambut untuk tujuan DNA dan sample ini adalah untuk dihantar ke Jabatan Kimia," katanya.

Kepada soalan Tun Abdul Majid mengapa beliau hanya mengambil dua set sample sahaja, Dr Mohd Shah berkata ini kerana sebahagian daripada barang kes itu belum dibersihkan, belum dikeringkan dan belum dilabel untuk dikenal pasti sebagai bahagian tulang.

Beliau berkata dua set sample itu setelah dimeterai, diserahkan kepada Lunggan pada 3.45 petang 8 Nov 2006

Dr Mohd Shah berkata kesemua barang kes yang telah dibersihkan dan dimeterai disimpan dalam peti sejuk spesimen Jabatan Forensik yang berkunci.

Beliau berkata walaupun barang kes itu disimpan dalam peti sejuk bersama-sama dengan barang kes lain, beliau terlebih dahulu memeterai dan melabelkan barang kes itu.

Kepada soalan Tun Abdul Majid apa yang beliau buat terhadap barang kes yang tidak dihantar ke Jabatan Kimia, Dr Mohd Shah berkata kesemua barang kes itu disimpan dalam peti mayat yang berkunci dan tidak bercampur dengan barang kes lain.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin disambung esok. BERNAMA
PAS buat laporan polis isu Rafidah


IPOH: PAS hari ini membuat laporan polis meminta supaya dilakukan siasatan terhadap Pegawai Pilihan Raya (RO) di Parlimen Kuala Kangsar kerana menerima borang pencalonan calon Barisan Nasional (BN) yang tidak ditandatangani.

Pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang berkata parti itu mahu polis menjalankan siasatan kerana terdapat kemungkinan berlaku "penyelewengan" kerana borang pencalonan Datuk Seri Rafidah Aziz secara tiba-tiba telah ditandatangani.

Beliau berkata borang penamaan calon BN itu jelas tidak ditandatangani apabila ruangan berkenaan kosong pada borang yang dipamerkan di Dewan Merdeka, Kuala Kangsar pada Ahad lepas, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Manifesto Barisan Alternatif Negeri Perak di sini hari ini.

Ahmad berkata PAS Perak juga akan memaklumkan kejadian itu kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

"Kuala Kangsar merupakan Bandar Diraja Perak, jadi semestinya baginda mengambil berat isu ini dan kami akan memaklumkan kepada baginda secepat yang mungkin," katanya.

Ahmad berkata Peraturan Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya 1981) sudah termaktub bahawa seorang calon perlu menandatangani ketiga-tiga borang penamaan calon dengan bersaksi.

Beliau berkata RO telah menolak bantahan wakil calon PAS dengan memberi alasan bahawa satu borang asal telah ditandatangani Rafidah sedangkan kesemua borang termasuk yang dipamerkan adalah asal dan bukan salinan.

Ahmad berkata calon PAS Dr Khairuddin Abdul Malik sendiri terdengar pengakuan Rafidah kepada RO bahawa dia terlupa menandatangani borang itu.

Semalam, Md Noor Kan, pencadang kepada calon PAS di Kuala Kangsar membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Kangsar mengenai isu yang sama.

Bantahan telah dibuat oleh wakil PAS pada hari penamaan calon Ahad lepas tetapi RO Datuk Ghazali Jalal menolaknya selepas merujuk ibu pejabat SPR. BERNAMA