HALAMAN SANTAI

Khamis, 21 Februari 2008

AMK ketengahkan calon-calon berkaliber


Kuala Lumpur - Angkatan Muda KeADILan (AMK) ketengahnya 30 calon berkaliber menghadapi Pilihanraya Umum-12 nanti. Menurut Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin, AMK mensasarkan 12 kerusi Parlimen dan 18 kerusi Dun dan yakin mampu mencabar kedudukan BN di semua kawasan terbabit.”Kita ketengahkan calon-calon profesional seperti doktor dan peguam, bahkan juga dari kalangan aktivis kesatuan sekerja dan bekas pemimpin pelajar,” kata Shamsul ketika dihubungi Suara Keadilan.

Dijangka Bendahari Zamakhsari Ibrahim akan bertanding di Dun Pengkalan Kubur di Kelantan, Naib Ketua Tan Seng Toh di Parlimen Tapah di Perak, Ketua Penerangan Lau Tek Hai di Parlimen Ledang di Johor dan Penolong Setiausaha S Kesavan di Dun Hutan Melintang di Perak.

Tegasnya lagi, AMK meletakkan harapan yang tinggi kepada calon-calon mereka dan yakin pimpinan parti akan membenarkan calon-calon muda ini untuk bertanding dalam PRU-12 nanti.

“Kami mengambil kira komitmen mereka kepada perjuangan parti, disamping criteria utama iaitu latar belakang pendidikan yang baik dan setakat ini, alhamdulillah, paling minima mempunyai diploma hingga ke sarjana,” tegas Shamsul.

Shamsul Iskandar, seorang peguam muda, dijangka bertanding di di Parlimen Dungun, bagi membantu usaha menawan negeri Terengganu. Katanya lagi, antara kawasan konsentrasi AMK adalah di Negeri Sembilan yang mempunyai komposisi masyarakat majmuk yang padat.

“Saya konfiden dengan sokongan rakyat kerana majority pengundi yang mendafatar adalah dari generasi muda. Oleh kerana KeADILan memaparkan imej perubahan dan imej ini begitu sinonim dengan generasi muda, walhal Umno-BN mengekalkan imej status quo (orang-orang lama), saya yakin muka-muka baru ini mampu menarik pengundi muda,” kata Shamsul.

AMK memberikan tumpuan kepada program sebaran maklumat, khususnya sebaran risalah dimana ‘team’ penerangan AMK telah mengedarkan cip penerangan yang mengandungi dokumen kepada semua ketua bahagian AMK dan negeri.

Cip itu mengandungi segala maklumat penting untuk digunakan dalam pilihanraya menghadapi BN. Namun yang paling penting ialah penubuhan secretariat khas yang akan bekerja 24 jam menangani tohmahan BN nanti.

“Disamping itu, kita juga telah mengemukakan secretariat khas di peringkat pusat untuk menjawab isu dan tohmahan BN sepanjang tempoh berkempen ini. Ia adakan diedarkan dan dimuat turun ke laman web kita setiap hari,” kata beliau.

Katanya, lagi, Dokumen Anak Muda yang dilancarkan AMK baru-baru ini menjadi pancing utama menarik golongan muda bersama KeADILan. Katanya lagi, dokumen yang merupakan pengisian generasi muda membuktikan komitmen parti kepada pembangunan jati diri belia, yang tidak ditawarkan langsung oleh BN.

“Saya harap kali ini generasi muda di luar sana akan beri peluang kepad kita untuk perbuhana ini dilakukan kerana perubahan ini untuk kepentingan semua dan bukannya individu semata-mata,” kata Shamsul.

Tiada ulasan: