HALAMAN SANTAI

Jumaat, 22 Februari 2008

PAS kesal peraturan Akaun Berkanun di saat akhir


KUALA LUMPUR: Keputusan pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) memperkenalkan peraturan baru iaitu mensyratakan semua calon-calon pilihan raya mengemukakan Akuan Berkanun (borang 5 atau 5A) dengan duti setem yang telah dibayar pada saat-saat akhir menjelang penamaan calon Ahad ini sangat dikesali.

Arahan yang dikeluarkan semalam iaitu tiga hari sebelum Hari Penamaan Calon ternyata menyukarkan calon-calon yang bakal bertanding, kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali.

PAS, katanya, merasakan peraturan baru ini sangat tidak adil, sepatutnya jika SPR perlu sangat memperkenalkan sebarang peraturan baru ianya perlulah diumumkan sejurus selepas Parlimen dibubarkan, dan tidak di saat-saat akhir seperti ini .

Sehubungan itu, PAS mengharapkan pihak SPR tidak akan memperkenalkan lagi apa-apa peraturan dan syarat baru seumpama ini sepanjang tempoh pilihan raya kali ini dan membenarkan semua parti-parti yang bertanding berkempen secara aman.

Peraturan dan syarat yang menyusahkan calon dan parti-parti yang bertanding sesungguhnya menyumbang kea rah kepincangan dan ketempangan sistem pilihan raya kita yang sudah pun sedemikian.

Tiada ulasan: