HALAMAN SANTAI

Khamis, 21 Februari 2008

Dr Khir kekal di DUN, tetapi mana nama Chan Kong Choy?



SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo kekal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang untuk pilihan raya kali ini, melenyapkan spekulasi bahawa beliau akan bertukar ke kerusi Parlimen.

Nama Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Chan Kong Choy yang juga penyandang kerusi Parlimen Selayang pula tidak diumumkan. Pengumuman mengenai perkara itu dijangka dibuat lewat petang Khamis.

Selain itu, sembilan wakil rakyat di negeri itu digugurkan, demikian diumumkan Dr Khir.

Mereka yang digugurkan ialah Datuk Yap Pian Hon (Serdang), Dr. Rozaidah Talib (Ampang), Datuk Dr. Rahman Ismail (Gombak), Datuk Dr. Shafie Salleh (Kuala Langat), Tan Yee Tew (Klang), Loh Seng Kok (Kelana Jaya), Tan Sri K.S Nijhar (Subang), Daud Tarihep (Kuala Selangor), dan Datuk Dr. Yasir Mohd. Ikhsan (Sabak Bernam).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin dicalonkan semula mempertahankan kerusi Parlimen Shah Alam walaupun Umno bahagian itu baru-baru ini meminta calon tempatan dipilih kali ini.

Selain itu, spekulasi mengatakan bekas menteri besar Selangor dan ketua penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhammad Taib akan dicalonkan kali ini, nampaknya meleset apabila nama beliau tidak tersenarai bagi mana-mana kerusi sama ada di Parlimen atau DUN.

Selain itu, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar pula kekal bertanding bagi kerusi Parlimen Tanjung Karang, dan Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan Noriah Kasnon kekal di kawasan Parlimen Sungai Besar, manakala Datuk Mohd Zain Mohamad pula bagi kerusi Parlimen Sepang.

Beliau berkata Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Aziz Shamsudin kekal bertanding bagi kerusi Parlimen Shah Alam, Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Datuk Markiman Kobiran kekal di kerusi Parlimen Ulu langat.

Tempat bekas Menteri Pengajian Tinggi Datuk Shafie Salleh di kawasan Parlimen Kuala Langat akan diganti oleh Sulaiman Kabri, manakala Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Ong Tee Keat kekal bertanding di kerusi Parlimen Pandan.

Turut kekal ialah Ch'ng Toh Eng bagi kerusi Parlimen Klang, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan keluarga Datuk G Palanivel bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, Datin Paduka P.Komala Devi bagi kerusi Parlimen Kapar dan S.A. Vigneswaran bagi kerusi Parlimen Kota Raja.

Sementara itu, Menteri Besar juga mengumumkan pencalonan Roslinda Abdul Jamil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Pelabuhan Klang menggantikan Datuk Zakaria Mat Deros yang mencetuskan isu kerana membina banglo mewah di Pandamaran tanpa terlebih mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan. Roslinda merupakan menantu kepada Zakaria.

Mengulas pencalonan itu, Dr Mohamad Khir berkata pencalonan Roslinda bukan atas sifatnya sebagai menantu Zakaria, tetapi berdasarkan prestasi khidmatnya dalam parti sebagai anggota Puteri Umno dan mendapat sokongan di peringkat akar umbi.
Berikut adalah senarai lengkap calon BN Selangor bagi Pilihan raya Umum ke-12:

PARLIMEN

Sabak Bernam : Abd Rahman Bakri
Sungai Besar: Noriah Kasnon
Hulu Selangor: Datuk G.Palanivel
Tanjung Karang: Datuk Noh Omar
Kuala Selangor: Jahaya Ibrahim
Selayang: (Belum diumumkan)
Gombak: Said Anuar Said Ahmad
Ampang: Azman Wahid
Pandan: Datuk Ong Tee Keat
Ulu Langat: Datuk Markiman Kobiran
Serdang: Datuk Hoh Hee Lee
Puchong: Lau Yeng Teng
Kelana Jaya : Datuk Lee Hwa Beng
Petaling Jaya Selatan: Datuk Donald Lim Siang Chai
Petaling jaya Utara: Datin Paduka Chew Mei Fun
Subang: S. Murugesan
Shah Alam: Datuk Abdul Aziz Shamsuddin
Kapar: Datin Paduka P. Komaladevi
Klang: Datuk Ch'ng Toh Eng
Kota Raja: S. Vigneswaran
Kuala Langat: Datuk Sulaiman Mohd Karli
Sepang: Datuk Mohd Zin Mohamed

DEWAN UNDANGAN NEGERI

Sungai Air Tawar: Datuk Raja Ideris Raja Ahmad
Sabak: Datuk Warno Dogol
Sungai Panjang: Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo
Sekinchan: Puah Bon Choon
Hulu Bernam: Datuk Mohamed Idris Abu Bakar
Kuala Kubu Bharu: Wong Koon Mun
Batang Kali : Mohd Isa Abu Kasim
Sungai Burong: Datuk Mohd Shamsudin Lias
Permatang: Sulaiman Abd Razak
Bukit Melawati: K.Parthiban
Ijok: Datuk Mohamed Sayuti Said
Jeram: Datuk Amiruddin Setro
Kuang: Abdul Shukor Idrus
Rawang: Lee Li Yew
Taman Templer: Datuk Subahan Kamal
Batu Caves: T Mohan
Gombak Setia: Yuszahari Mohd Yusoff
Hulu Klang: Datuk Ahmad Bujang
Bukit Antarabangsa: Haslinda Mohd Zirain
Lembah Jaya : Datuk Ismail Kijo
Chempaka: Nosimah Hashim
Teratai: Datuk Lum Weng Keong
Dusun Tua: Ismail Sani
Semenyih: Johan Aziz
Kajang: Datin Paduka Low Lee Leng
Bangi : Datuk Mohd Fathil Daud
Balakong: Dr Lai Kwong Choy
Seri Kembangan: Datuk Liew Yeun Keong
Seri Serdang: Datuk Mohamad Satim Diman
Kinrara: Datuk Kow Cheong Wei
Subang Jaya: Ong Chong Chuan
Seri Setia: Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin
Taman Medan: Mona Liza Hamzah
Bukit Gasing: Datuk Dr Lim Thuang Seng
Kampung Tengku: Sheah Kok Wah
Damansara Utama: Victor Gu Chian Peow
Bukit Lanjan: Datin Paduka Yeong Dai Ying
Paya Jaras: Datuk Muhammad Bushro Mat Johor
Kota Damansara: Datuk Zein Isma Ismail
Kota Anggerik: Datuk Ahmad Nawawi M.Zin
Batu 3 : Datuk Salamon Selamat
Meru: Md Ghazali Md Amin
Sementa: Datuk Abdul Rahman Palil
Sungai Pinang: Datuk Song Kee Chai
Selat Klang: Norliza Ahmad
Pelabuhan Klang: Roselinda Abdul Jamil
Pandamaran: Datuk Teh Kim Poh
Kota Alam Shah : Ching Su Chean
Seri Andalas: A. Kamalam
Seri Muda: Datuk Amzah Umar
Sijangkang: Datuk Abdul Fatah Iskandar
Teluk Datuk: Datuk Ei Kim Hock
Morib: Hasiman Sidom
Tanjung Sepat : Datuk Dr Karim Mansor
Dengkil: Datuk Malsum Paing
Sungai Pelek: Datuk Yap Ee Wah.

Tiada ulasan: