HALAMAN SANTAI

Jumaat, 22 Februari 2008

Bekas Adun Derga isytihar keluar BN, bertanding atas tiket KeADILan
Helmi Khalid


ALOR STAR (Hrkh) - BN Kedah menerima tamparan hebat apabila bekas Adun Gerakan, Cheung Khai Yan bagi kerusi Dun Derga hari ini mengisytiharkan diri keluar parti dan menyertai Parti KeADILan seterusnya akan bertanding atas tiket parti barunya itu untuk mempertahankan kerusi Dun Derga.

Khai Yan mengumumkan keputusan itu kira-kira pada jam 3.40 petang tadi di pejabatnya di Jalan Putra, di sini yang turut dihadiri Pengerusi Perhubungan KeADILan Kedah, Ir. Mohd. Zamri Yusuf dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar.

Sejurus mengumumkan keluar parti Gerakan dan menyertai KeADILan, Zamri bertindak mengumumkan Khai Yan sebagai calon KeADILan bagi kerusi N.11 Derga.

Khai Yan sebelum ini pernah dilantik sebagai Exco Kerajaan BN Kedah dan kembali sebagai Adun biasa bagi penggal lalu dan pernah beberapa mengakui dia dan Dun Derga telah dianaktirikan dalam soal projek pembangunan.

Ini bermakna, Khai Yan akan mempertahankan kerusinya di Derga yang berada dalam Parlimen Pokok Sena dengan hanya menukar warna parti. - mns

Tiada ulasan: