Perkampungan Hadhari yang 'melalaikan' rakyat Kelantan?
Wan Nordin Wan Yaacob
KOTA BHARU (Hrkh) - Dalam usaha menawan Kelantan, Barisan Nasional (BN) meneruskan kempen mereka dengan mewujudkan suasana lalai dengan menghidangkan rakyat Kelantan program 'Perkampungan Hadhari' yang diadakan di Dataran Kok Lanas, Ketereh.
Meskipun Ketereh amat dikenali sebagai kubu kuat Umno di sini, namun usaha Umno/BN untuk merakyatkan 'hiburan' semakin giat dengan memberikan hidangan 'lalai' kepada rakyat Kelantan terutamanya golongan muda-mudi.
Program yang diadakan dengan kerjasama sebuah stesen televisyen swasta itu semalam tidak dinafikan mendapat sambutan hangat terutamanya kalangan generasi muda.
Setibanya penulis ke Ketereh kira-kira jam 12.00 malam tadi, kesesakan berlaku di sepanjang jalan Kok Lanas berhadapan Pasaraya Econjaya, Kok Lanas berikutan program Perkampungan Hadhari.
Namun apa yang menyedihkan, meskipun jam menunjukkan 12.00 malam, kelibat muda mudi tak kira perempuan mahupun lelaki berpeleseran di sana-sini di Dataran Kok Lanas.Cahaya terang yang menghiasi dataran tersebut menggamatkan keheningan malam tatkala muda-mudi yang berpeleseran terus dibuat angin malam yang menusuk tulang.
Penulis dan rakan-rakan yang menaiki kenderaan menuju ke Kota Bharu sedikit pelik, jika dahulunya sukar memlihat kelibat muda-mudi di Kelantan ini yang tidak menutup aurat, namun di perkampungan Hadhari di Kok Lanas, semuanya boleh dilihat.
Tanpa segan silu gadis-gadis muda yang berbaju ketat dan berseluar sendat yang menampakkan pusat mereka melayan kelibat mat-mat motor yang mula mencari pembonceng di kiri dan kanan jalan.
Aksi manja mula ditunjukkan untuk mendapatkan perhatian meskipun mereka sebenarnya baru sahaja pulang dari program yang diilhamkan oleh 'Imam Hadhari', Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dilaksanakan oleh konco-konconya di Kelantan antaranya, Dato' Seri Annuar Musa (Adun Kok Lanas yang kini akan bertanding di Parlimen Ketereh) serta Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Dr Awang Adek Hussin.
Kata rakan penulis yang juga seorang siswi sebuah universiti di Lembah Kelang, "malu nak mengaku saya ni rakyat Kelantan jika inilah kemajuan yang kononnya BN mahu bawa ke Kelantan sedangkan mereka hanya menghidangkan halwa telinga dan mata untuk merosakkan anak muda"
"Apa yang boleh saya katakan inilah yang dimahukan Islam Hadhari dengan memberi peluang kepada muda-mudi bercampur bebas tanpa batasan, sedangkan kerajaan Kelantan yang ada hari ini (PAS) tidak mengizinkan hal-hal ini berlaku.Hiburan yang dihidangkan kerajaan PAS hanyalah berbentuk pengisian rohani, sedangkan Islam Hadhari sebaliknya membenarkan pergaulan bebas,Ini melalaikan muda-mudi," katanya yang juga pelajar tahun satu universiti berkenaan.
Teringat penulis kepada progarm sukan Nisa yang diadakan di Staduim Kota Bharu pada tahun lalu, meskipun ia pertama kali diadakan sebagai acara terbesar membabitkan kelompok wanita, namun batasan agama tetap dijaga dengan rapinya.
Tiada pergaulan bebasa dilihat, sebaliknya aktiviti sukan yang dijalankan dengan melibatkan hanya kaum wanita sahaja berjaya memberi tamparan hebat kepada Menteri Belia dan Sukan, Dato' Seri Azalina Othman yang ketika itu banyak mengkritik penganjuran Nisa.
Begitu juga program-program lain yang dianjurkan oleh kerajaan Negeri Kelantan di bawah PAS, kebanyakkannya untuk pengisian dan kemantapan rohani.
Meluat melihat aksi anak muda di Kok Lanas, kami meneruskan perjalanan ke Stadium Kota Bharu di mana tempat pengumuman calon-calon PAS Kelantan diadakan.Suasana tidak sehingar di Kok Lanas, keadaan tenang tiada kelibat remaja berpeleseran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan