HALAMAN SANTAI

Ahad, 24 Februari 2008

TERKINI
Calon wanita PAS menang di Kijang
Abdul Halim Mohd Rashid


KUALA LUMPUR (Hrkh) - PAS menang tanpa bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang di Kelantan apabila pencalonan calon Barisan Nasional (BN) ditolak.

Calon PAS, Wan Ubaidah Omar menang tanpa bertanding apabila pencalonan calon BN, Mustopha Ahmed ditolak.

Sebelum itu, PAS memprotes pencalonan Mustopha kerana beliau telah menerima notis bankrap Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke atasnya pada 25 November 2005.

SPR akhirnya menerima protes itu.

DUN Kijang, yang berada dalam Kawasan Parlimen Pengkalan Chepa, sebelum ini diwakili oleh Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa.

Bagaimanapun, dalam pilihan raya kali ini, Husam bertanding di DUN Salor dalam kawasan Parlimen Kubang Kerian.

DUN Salor sebelum ini diwakili oleh PAS. Mencerminkan solidariti untuk menghadapi tentangan BN, bekas ADUN Salor, Haji Buni Amin Hamzah turut mengiringi Husam ke pusat pencalonan.

Husam akan ditentang oleh calon Barisan Nasional, Ismail Mat.

Tiada ulasan: