Di laman web SPR tersenarai pengundi berusia 117 tahun
Bashir Ishak
BESERI - Jika dilihat pada buku daftar pemilih mungkin ramai yang menganggap pengundi ini belum cukup umur untuk mengundi dalam pilihan raya akan datang kerana beliau dilahirkan pada tahun 1990 dan umurnya baru mencecah 17 tahun lebih.
Bagaimanapun, semakan di lawan web SPR mendapati beliau dilahirkan pada tahun 1890. Yang lebih menghairankan, sebelum ini namanya tidak tersenarai sebagai pemilih dan hanya dikesan dimasukkan dalam rang daftar tambahan tahun lalu.
Beliau adalah Nor Aishah Bt. Ahmad yang mengundi di Lokaliti Batas Tinggi di Daerah mengundi Paya dalam Dun Santan di Parlimen Padang Besar.
Pengundi tersebut kini sudah berusia 117 tahun lebih dan sekiranya masih hidup beliau mungkin salah seorang penduduk tertua di negeri Perlis.
Hasil tinjauan Harakah di lokaliti terbabit iaitu Kampung Paya Batas Tinggi dan sekitarnya mendapati tiada siapapun mengenali pengundi tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan