HALAMAN SANTAI

Ahad, 24 Februari 2008

Gombak gelanggang paling sengit BA – BN di Selangor


KUALA LUMPUR- Kehadiran ribuan penyokong Barisan Nasional (BN) dan Barisan Alternatif (BA) mengiringi calon-calon mereka kepusat penamaan calon pagi tadi memberi gambaran jelas parlimen Gombak merupakan antara kawasan pilihan raya yang diketogarikan kawasan panas.

Apa lagi BA memerlihatkan keazaman untuk menguasai bukan sahaja kerusi parlimen malahan mahu menguasai ketiga-tiga DUN yang terletak dalam parlimen tersebut dengan menampilkan calon-calon besar dalam parti dan berwibawa.

PAS yang menghantar calon bagi kerusi DUN Gombak Setia dan Hulu Klang masing-masing telah meletakkan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali dan Aktivis Shaari Sunggib sebagai calon manakala parti Keadilan Rakyat (PKR) mencalonkan Naib Presidennya, Azmin Ali bagi kerusi parlimen di situ disamping Pemimpin Angkatan Muda PKR, Amiruddin Shaari bagi DUN Batu Caves.

Manakala BN pula meletakkan Said Anuar Said Ahmad (Parlimen), Yuszahari Yusoff (DUN Gombak Setia), Ahmad Bujang (DUN Hulu Klang) dan T Mohan (DUN Batu Caves) bagi berhadapan dengan BA.

Seorang calon Bebas , Azmi Hussain juga telah dibenarkan bertanding selepas menghantar borang pencalonan bagi DUN Batu Caves yang akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PKR dan Bebas.

Proses penamaan calon yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Sungai Pusu berjalan lancar walaupun keadaan agak panas dengan sorakan penyokong kedua-dua pihak. Tiada sebarang perkara tidak diingin berlaku dengan pengawasan ketat dari pihak polis.

Tiada ulasan: