Abdullah gesa CUEPACS jangan boikot hari pekerja
Oleh Utusan
KL: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) membatalkan hasrat memboikot Hari Pekerja pada 1 Mei ini.
Perdana Menteri berkata, tindakan memboikot, menggertak dan mengugut bukan cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tetapi ia boleh diselesaikan melalui rundingan.
Beliau berkata, kerajaan bersedia menemui CUEPACS untuk membincang lima tuntutan yang telah dikemukakan tetapi dalam masa yang sama CUEPACS juga harus faham mengenai kedudukan kewangan kerajaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan