HALAMAN SANTAI

Sabtu, 5 April 2008

Awasi puak desperado main kotor hantar SMS fitnah Harakah
Harakahdaily


KUALA LUMPUR (Hrkh) - Kalangan peminat dan pembaca Harakah dinasihatkan supaya berhati-hati dengan fitnah yang dilakukan oleh puak desperado dengan menghantar SMS fitnah kononnya, dari Harakah.

Pihak Jabatan Pengarang Harakah menerima aduan dari orang ramai. wujudnya sebaran-sebaran yang dikatakan dari media rasmi PAS Harakah dan Harakahdaily.

Antara SMS fitnah tersebut dinyatakan "Kit Siang akan menentang Sultan kerana wakil DAP tidak dipilih menjadi Speaker Dun Selangor. Di manakah letaknya kedaulatan Melayu??? Apa kata PAS dan PKR - Harakah".

Setakat ini ramai pengadu yang memaklumkan mereka tidak terpedaya dengan SMS-SMS fitnah, bagaimana pun meminta Harakahdaily membuat penafian segera jika SMS berbentuk sedemikian disebarkan lagi.

Pihak Jabatan Pengarang Harakah meminta orang ramai tampil membuat aduan dan merekodkan nombor telefon yang menghantar SMS fitnah, untuk pihak Harakah mengambil tindakan susulan. - mr

Tiada ulasan: