Dr. M ajak singkir Pak Lah
Agendadaily
‘Serangan’ bekas Perdana Menteri terhadap penggantinya diteruskan lagi dan kali ini Tun Dr. Mahathir Mohamad mengajak seluruh ahli UMNO untuk menyingkirkan segera Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi demi untuk menyelamatkan parti itu daripada terus musnah.
Beliau turut menyebut nama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara nama-nama yang layak menggantikan Abdullah.
Katanya, beliau tidak kisah siapa yang akanmenjadi pengganti asalkan Abdullah disingkirkan segera.
Beliau berkata demikian semasa berucapn pada forum bertajuk ‘UMNO Pasca Pilihan Raya Umum 12: Suara Hati Rakyat’ yang dianjurkan oleh Badan Bertindak Gabungan Ahli-Ahli Akar Umbi UMNO Johor di Johor Bharu tengahari Sabtu.
Antara ahli panel forum berkenaan ialah anak Dr. Mahathir yang juga Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz, bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk A. Kadir Jasin.
Dr. Mahathir turut diiringi oleh isterinya Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dan turut hadir veteran UMNO, Tan Sri Abdul Aziz Tapa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan