HALAMAN SANTAI

Ahad, 18 Mei 2008

SMS Ilmu Hitam
Dipetik: alhusseyn

KUALA LUMPUR: Polis Malaysia telah meminta orang ramai agar usah mengendahkan satu rantaian khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sedang tersebar luas di negara itu sejak Rabu lalu, menurut laporan akhbar Malaysia semalam.

SMS itu meminta penerimanya supaya jangan menjawab panggilan daripada pihak tertentu, yang didakwa menguji ilmu hitamnya, kata akhbar Berita Harian Malaysia (BHM).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin, berkata SMS itu mengarut dan disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Ini semua mengarut... jangan percaya,' kata beliau ketika ditunjukkan SMS itu di sini, kelmarin."

Kandungan SMS itu menyebut:

'Kepada semua yang dikasihi... jikalau anda mendapat panggilan telefon yang bernombor panjang contoh +62852731520946 dan nombor itu berwarna merah, diharap-harap sangat jangan diangkat dan dijawab panggilan itu.

'Ini kerana di Indonesia sekarang, sekumpulan penuntut ilmu hitam sedang menguji ilmu mereka melalui telefon.

'Jika sesiapa yang menjawab panggilan itu mulut akan berbuih dan akan mati selepas itu. Di Indonesia sudah sembilan orang mati dan malam tadi di Puchong dua orang mati. Ini benar-benar terjadi. Tolong sebarkan msg (pesanan) ini.'


Sementara itu, percubaan BHM menghubungi nombor contoh dengan kod negara Indonesia yang diberikan dalam SMS berkenaan mendapati bahawa nombor itu tiada dalam perkhidmatan.

'Semua itu karut dan sengaja mahu mencetuskan keadaan huru-hara. Kami tidak pernah menerima sebarang laporan kematian hanya disebabkan menjawab panggilan telefon bimbit,' kata Datuk Bakri, yang ditukil laporan akhbar Harian Metro.

SMS itu meminta penerimanya supaya jangan menjawab panggilan daripada pihak tertentu, yang didakwa menguji ilmu hitamnya, kata akhbar Berita Harian Malaysia (BHM).

Rencana berkaitan dari Media Bawean

Tiada ulasan: