Gaji siswazah tempatan lebih murah
Jimadie Shah Othman
Siswazah lulusan luar negara dibayar gaji lebih tinggi berbanding graduan institusi pengajian tinggi tempatan sehingga lebih 12 peratus.
Tinjauan terhadap 100,000 ahli agensi pencarian kerja terkenal Jobstreet.com mendapati graduan luar negara dibayar 12 peratus lebih tinggi daripada siswazah tempatan.
Dalam tinjauan tahun ini, jurang gaji antara dua kumpulan ini menjadi lebih ketara selepas lima tahun bekerja.
Lulusan luar negara mendapat gaji 20 peratus lebih banyak daripada lulusan tempatan, kata agensi itu dalam satu kenyataan hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan