Laporan polis tersilap pukul pengurus bank disiasat secara telus
JOHOR BAHARU: Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata polis akan menyiasat secara telus laporan seorang pengurus bank yang mendakwa dipukul dalam satu serbuan polis yang dipercayai tersilap sangka beliau adalah suspek kes culik di Batu Pahat pada minggu lepas.
"Kita akan menjalankan siasatan yang telus. Tiada apa yang akan disembunyikan," katanya kepada pemberita di sini hari ini, Isnin.
Satu pasukan khas yang diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor SAC II Amer Awal, telah mengambil keterangan daripada pegawai bank itu, Abdul Razak Abdul samad, 34, selain daripada doktor yang memeriksanya.
Abdul Razak sebelum ini dilaporkan mendakwa mengalami kecederaan paru-paru dan retak tulang pinggulnya setelah dipukul polis dalam satu serbuan di rumahnya pada 5 Mei kerana polis tersilap menjangkakan beliau adalah suspek.
Mokhtar berkata polis tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana anggotanya yang melakukan kekerasan seperti itu. BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan