86 pelacur asing ditahan di jalan P Ramlee
Oleh Besonline
Kuala Lumpur: 86 wanita warga asing dipercayai menawarkan perkhidmatan seks ditahan dalam serbuan di sekitar premis hiburan Jalan P. Ramlee oleh Jabatan Imigresen Malaysia awal pagi tadi.
Semasa serbuan mereka sedang berkeliaran mencari pelanggan terdiri daripada pelancong asing. Operasi dilakukan kira-kira pukul 1.30 pagi hasil pemantauan pihak Imigresen serta Rela Kuala Lumpur dan Selangor.
Kesemua wanita asing yang ditahan itu berumur antara 20 hingga 40 tahun.
Menurut Pengarah Penguatkuasa Imigresen Malaysia, Datuk Ishak Mohamad, kebanyakan wanita yang ditahan didapayti menggunakan pas lawatan sosial sebagaii taksik dan kerapkali memasuki negara ini.
Turut ditahan, dua lelaki yang mendakwa berasal dari Asia Barat. Mereka cuba mencetuskan kekocohan untuk menyelamatkan teman wanita.
Kesemua yang didakwa mengkut Akta Imigresen dan jika sabit keslaahan akan dihantar pulang ke negara asal. Operasi membanteras pelacuran di lokasi yang sama kerap dijalankan oleh polis dan Imigresen.
Namun situasi tetap sama berikutan kemasukan warga asing ke negara ini secara haram.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan