Air pecuma: Syabas tolak cadangan kerajaan Selangor
Siasahdaily
KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini menolak cadangan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEH), anak syarikat kerajaan negeri Selangor untuk membolehkan rakyat Selangor menikmati air percuma mulai 1 Jun ini.
Demikian kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ruslan Hassan dalam satu kenyataan media.
Syabas adalah pihak pemegang konsesi pembekalan air di Selangor. KDEH pula adalah anak syarikat milik penuh kerajaan negeri Selangor yang turut mempunyai saham yang besar dalam Syabas.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, rakyat negeri Selangor akan diberikan air percuma 20 meter padu setiap rumah.
Pada 9 Jun, Syabas telah menerima surat akujanji dari KDEB untuk membolehkan pelaksanaan bekalan air percuma dimulakan 1 Jun ini dengan bil air untuk pengguna akan mula dipotong hujung bulan ini.
Namun kini, Syabas nampaknya cuba menyusahkan usaha kerajaan negeri Selangor ini.
Sebaliknya, Syabas mencadangkan agar pihaknya mengebilkan terus air percuma yang diberikan kepada rakyat negeri Selangor kepada KDEB dan mesti dibayar dalam masa 14 hari, jika tidak pemberian percuma ini akan diberhentikan.
“Syabas tak bersetuju dengan akujanji pihak KDEB yang mencadangkan pembayaran bil-bil air yang diberikan percuma kepada kepada pengguna hanya akan dibuat oleh pihak KDEB selepas cadangan penstrukturan semula sistem bekalan air di Negeri Selangor oleh pihak KDEB siap sepenuhnya pada bulan September 2008 ini,” kata Ruslan.
Ini kerana, katanya, cadangan pihak KDEB ini akan secara langsung menjejaskan aliran tunai Syabas dan boleh menjejaskan operasi Syabas.
Sebaliknya, Syabas mencadangkan bil-bil air percuma itu dibayar dalam masa 14 hari selepas Syabas menghantar bil itu kepada KDEB.
“Kegagalan KDEB memenuhi syarat pembayaran seperti yang dicadangkan ini akan menyebabkan Syabas teraksa menghentikan program pemberian air percuma ini,” kata Ruslan dalam kenyataannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan