Awas! pemetik api terselit gambar lucah
Muhammad Yusri Amin
KOTA BHARU (Hrkh) - Jangan terkejut apabila anda menyalakan api selepas membeli pemetik api (lighters) baru, akan terpampang gambar lucah.
Ibu bapa seharusnya lebih berhati-hati bagi memastikan lighters itu tidak terlepas ke tangan anak-anak.
Inilah adalah sebahagian agenda pihak tertentu yang mahu menghancurkan umat Islam secara senyap.
Imam Masjid Al-Qasimi Mukim Parit Lama, Limbat, Ismail Muhamad berkata, pengusaha produk terbabit sengaja mahu merosakkan umat Islam terutamanya golongan remaja.
“ Pemetik api itu dijual dengan harga runcit RM2 satu tanpa ditulis sebarang jenama tetapi boleh dipilih dengan pelbagai warna,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Ismail berkata, beliau terkejut apabila seorang penduduk menunjukkan lighters tersebut setelah membelinya di sebuah kedai runcit.
“ Apabila suiz lampu suluh pada pemetik api itu dipasang ia mengeluarkan cahaya dengan tayangan gambar (wanita) dalam aksi lucah. Oleh itu diharap pihak berkuasa segera memantau premis yang menjualnya,” kata beliau.
Beliau juga bimbang produk itu sudah tersebar di kalangan remaja.
Zulkarnain Ismail, 27 dari Kubang Keranji juga berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera kerana dibimbangi pihak tertentu sengaja mahu merosakkan umat Islam.
Shamsuddin Mohamad, 48 dari Kampung Padang Mokan berkata, pihak pengeluar sengaja mengedarkan pemetik api terbabit boleh menjerumuskan remaja kepada aktiviti yang tidak sihat. - mj _
Tiada ulasan:
Catat Ulasan