HALAMAN SANTAI

Ahad, 15 Jun 2008

Konsert Ella dan Mas Idayu di Selangor?
Oleh Roslan SMS


Dalam akhbar The Star hari ini dipaparkan gambar Pengerusi KDEB dan beberapa pegawai termasuklah dari polis turun ke padang di Stadium Shah Alam untuk menyaksikan kerja-kerja persiapan pertandingan Piala Sultan pada 6 Julai nanti antara pilihan Singapura dan Selangor. Pertandingan tersebut menurut penganjur dijangka menerima sambutan hangat kerana aturcara padat yang telah disusun untuk menarik minta para penyokong.

Sebagaimana pernah saya bangkitkan sebelum ini, nampaknya anak syarikat kerajaan Selangor ini terus tidak berganjak mahu menganjurkan juga konsert tersebut sebagai salah satu usaha menarik minta penyokong dan pengunjung. Konsert itu akan membariskan Alleycat disamping ratu rock Ella dan ratu dangdut Mas Idayu.

Saya difahamkan PAS Kawasan-kawasan dan Pemuda PAS Kawasan-kawasan di Selangor telah masing-masing menghantar memorandum kepada Menteri Besar agar membatalkan konsert berkenaan khasnya yang melibatkan Ella dan Mas Idayu. Isnin nanti difahamkan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Selangor akan berkunjung ke Pejabat MB untuk menyerahkan memorandum bantahan mereka.

Dalam kita mahu merayakan 100 hari Kerajaan pakatan Rakyat di Selangor, semua pihak perlu sensitif dan akur akan tuntutan PAS ini, kerana PAS merupakan penyumbang besar ke arah kejayaan Pakatan Rakyat di Selangor (walaupun memiliki bilangan kerusi terkecil di dewan).

PAS bukan menuntut kejohanan itu dibatalkan malah saya percaya konsert itu sekalipun kalau mahu ditersukan tidak bermasalah, tetapi isunya adalah artis-artis wanita seperti Ella dan Mas Idayu yang pasti mengundang risiko moral yang tidak ada tempat di dalam Islam.

Isu prinsip dan pokok seperti menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran, tidak boleh dikompromi atau di "tutup sebelah mata" oleh PAS sebuah parti yang konsisten dalam perjuangan Islamnya sejak lebih 50 tahun dalam negara ini. Kerana itu saya mengharapkan MB Selangor akan segera bertindak agar kita tidak mencetuskan ketidakpuasan hati rakan kongsi dalam kerajaan baru yang didokong rakyat ini.

Yang penting rakyat Selangor mesti dipacu ke arah memiliki akhlak dan moral yang baik disamping maju dan sejahtera dalam suasana bersih, telus dan bebas rasuah.

Tiada ulasan: