HALAMAN SANTAI

Selasa, 17 Jun 2008

Minda rakyat dikongkong, jadi kelas ketiga - Ahli akademik
Ziera Rahman


KUALA LUMPUR (Hrkh) - Rakyat menjadi hampa bukan sahaja kerana kenaikan harga bahan bakar dan caj pakir namun, keadaan menjadi lebih teruji dengan sekatan pemikiran yang berlaku sedangkan banyak pandangan yang perlu dikongsikan.

Menurut seorang ahli akademik daripada universiti tempatan, minda rakyat disumbat dengan prejudis dan disekat dari kebenaran.

"Maka akan lahirlah modal insan yang berpemikiran kelas ketiga di kalangan masyarakat.

"Lebih teruk apabila para akademik diminta untuk bersuara hanya kepada perkara yang digariskan oleh pihak tertentu dan sesiapa yang tidak memenuhi akta tersebut akan diambil tindakan,"jelas beliau semasa dihubungi oleh Harakahdaily.

Tambahnya lagi, disebabkan rakyat berada dalam era kongkongan minda dan gangguan pemikiran melampau, sementara percambahan idea ditolak mentah walaupun seorang pemikir itu sedaya upaya mengasingkan mesej politik dari dakwahnya.

"Persoalannya, bagaimana kita ingin berhadapan dengan saranan Wawasan 2020 dengan kesediaan pemikiran yang sebegitu?"tegas beliau. - mks._

Tiada ulasan: