HALAMAN SANTAI

Selasa, 21 April 2015

Pilihan Raya Negeri Sarawak tidak mungkin diadakan tahun ini

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUCHING: Pilihan raya negeri Sarawak tidak mungkin akan diadakan pada tahun ini walaupun timbul spekulasi mengenai pilihan raya berkenaan dibuat lebih awal.
 
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Dr Stephen Rundi berkata, tiada perbincangan dibuat mengenai pilihan raya kerana ia masih terlalu awal.
 
"Kita masih belum bercakap tentang pilihan raya negeri dan Ketua Menteri (Tan Sri Adenan Satem) tidak memberi sebarang petunjuk mengenainya.
 
"Kita tidak membincangkan tentang kerusi dan calon. Bagi kita, ia masih terlalu awal," katanya kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, Selasa.
 
Rundi berkata, BN negeri masih memberi tumpuan memenuhi janji-janji yang dibuat pada pilihan raya umum lepas.
 
Menurutnya, terpulang kepada Adenan untuk memutuskan bila pilihan raya negeri akan diadakan, menjelang Jun 2016 apabila tempoh penggal DUN berakhir.
 
"Ia tidak mungkin diadakan tahun ini," tambah Rundi.
 
 

Tiada ulasan: