HALAMAN SANTAI

Rabu, 22 April 2015

PasMa buat konvensyen jawab tuduhan

MALAYSIAKINI


 


NGO kontroversi yang digerakkan anggota PAS Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan mengadakan konvensyen julung kalinya Ahad ini.

Pengerusi PasMa Selangor Ahmad Idzam Ahmad berkata konvensyen itu dibuat untuk mengukuhkan Pakatan serta membetulkan salah tanggap mengenai sebab sebenar NGO itu ditubuhkan.

“Kita dengar macam-macam perkara negatif yang orang buat mengenai PasMa, jadi kita nak betulkan salah anggap itu,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Konvensyen itu dirancang diadakan di Auditorium Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.

Ia akan diuruskan oleh PasMa Selangor sebagai tuan rumah.

Naib Presiden PKR Tian Chua dan Ketua Penerangan Pas Selangor Saari Sungib dikatakan antara pemimpin Pakatan Rakyat yang akan hadir ke konvensyen itu.

PasMa sejak awal penubuhannya sering dikaitkan dengan usaha menubuhkan parti Islam baru yang lebih pro-Pakatan Rakyat, sehingga sering dipandang sinis beberapa pemimpin kanan PAS.

Presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi awal bulan ini mengakui akan bertindak demikian jika PAS keluar daripada gabungan pembangkang susulan masalah berkaitan pelaksanaan hudud di Kelantan.

PAS juga melarang anggotanya menyertai NGO itu. 


Tiada ulasan: