ALOR SETAR: Dua lagi pelajar tingkatan lima ditahan bagi membantu
siasatan berhubung laporan kes pukul seorang pelajar tingkatan satu di
sebuah sekolah agama di Pendang pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Abdul Aziz Ahmad,
berkata dua pelajar terbabit tidak dapat ditahan sebelum ini kerana
pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani selepas digantung
daripada asrama sekolah.
"Kedua-dua pelajar itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah
Pendang pada 5.15 petang semalam. Ia menjadikan keseluruhan pelajar yang
ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes itu seramai 15 orang,"
katanya ketika dihubungi, hari ini.
Tambahnya, siasatan masih dijalankan ke atas semua pelajar itu dan
keputusan sama ada mereka akan dibebaskan atas jaminan atau direman
masih belum dapat ditentukan lagi.
Dalam kejadian Sabtu lepas, Muhammad Ammar Aqil Zainudin, 13, dari
Taman Ria Mesra, Gurun mendakwa dia dipukul oleh kira-kira 30 pelajar
senior di sekolah itu dari 12 tengah malam hingga 1.30 pagi di bilik
asrama pelajar senior.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan