JERANTUT - Ibu bapa mana yang sanggup mengurung anak dalam bilik
berpagar, namun itulah yang terpaksa dilakukan oleh pasangan suami
isteri ke atas seorang anak kurang upaya (OKU) mereka di Kampung
Belukar, Damak, di sini sejak beberapa bulan lalu.
Ibu bapa terbabit, Yusuf Nin, 60 dan Che Nisah Hussin, 54, terpaksa berbuat demikian kerana bimbang anaknya, yang berusia 14 tahun itu akan merayau ke dalam hutan dan tidak jumpa jalan pulang.
Menurut Yusuf, anaknya itu pernah hilang beberapa hari sebelum ini dan ditemui berada dalam sebuah hutan yang agak jauh dari rumah mereka.
“Kami bimbang sekiranya kami tidak mengurung anak kami ini, dia akan merayau ke dalam hutan dan tidak dapat pulang semula ke rumah.
“Kami bernasib baik kerana tidak berlaku apa-apa ke atasnya ketika hilang di dalam hutan sebelum ini, namun kami tidak mahu kejadian sama berulang lagi,” katanya.
Sejurus kejadian terbabit, permohonan mereka untuk membina sebuah bilik berpagar di bahagian hadapan rumahnya telah diluluskan oleh Adun Damak, Datuk Lau Lee.
Menurut Yusuf, sejak daripada itu, remaja malang itu tidak pernah dibiarkan keluar dari bilik berkenaan tanpa pemantauan, malah dia juga akan makan dan minum serta tidur di dalam bilik terbabit.
Bercerita lanjut, Che Nisah memberitahu, anak bongsu daripada enam beradik itu mengalami masalah kecacatan mental sejak terkena demam panas ketika berusia tiga tahun.
“Pelbagai rawatan yang telah diikhtiarkan untuk merawat anak kami ini, namun tidak berkesan. Sebelum kami dapat bilik itu, anak saya ini terpaksa saya ikat tangannya dengan tangan saya walaupun ketika tidur supaya apabila dia hendak keluar, saya akan terjaga untuk menghalangnya merayau ke dalam hutan,” katanya.
Kesusahan Yusuf sekeluarga tidak hanya terhenti setakat itu sahaja, malah Yusuf dan isteri yang terpaksa bergilir menoreh getah milik orang lain menggunakan pendapatannya sebanyak RM8 sehari untuk menyara tiga lagi anak dan empat cucu yang tinggal bersama mereka.
“Salah seorang anak saya bersama empat cucu saya baru sahaja menetap dengan saya kerana rumahnya hanyut di bawa arus air ketika banjir melanda Kelantan tahun lalu.
“Dia kini tinggal berasingan dengan suaminya dan tidak bekerja kerana menjaga anak-anaknya. Suaminya ada memberi wang, namun tidak banyak kerana bekerja tidak menentu.
“Salah seorang anak lelaki kami pula tidak mempunyai kerja tetap selain mempunyai masalah tangan yang sakit. Kalau ada orang panggil, barulah boleh bekerja,” kata Yusuf.
Menurut Yusuf lagi, anak bongsunya pula tidak menerima sebarang bentuk bantuan dengan alasan dia tidak cukup umur untuk menerima bantuan bagi golongan OKU.
“Kehidupan kami hanya bergantung pada pendapatan sekitar RM200 sebulan. Namun berterima kasih atas bantuan sedikit sebanyak dihulurkan penduduk setempat bagi menampung keperluan makanan harian kami,” katanya.
Yusuf sekeluarga dalam pada itu menerima kunjungan Ketua PKR Cabang Jerantut, Mohamad Razali Ithnin bersama ahlinya bagi menyampaikan sumbangan kepada Yusuf untuk meringankan beban mereka sekeluarga.
Jiran Yusuf, Mahmud Che Mamat, 49, berkata, kesusahan hidupa Yusuf sekeluarga sememangnya telah diketahui penduduk setempat sejak sekian lama.
“Anak-anak Yusuf tidak bersekolah tinggi, jadi ada antara mereka yang bekerja biasa sahaja tidak cukup menampung kehidupan mereka sekeluarga.
“Kami sebagai penduduk bersimpati dengan nasib yang menimpa Yusuf dan berharap agar bantuan sewajarnya dapat dihulurkan kepada keluarga ini,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan