MALAYSIAKINI
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Umno dan DAP sama-sama
bersalah dalam kejadian pembakaran bendera parti di Pulau Pinang
baru-baru ini.
Setiausaha Agung Umno itu berkata, ahli Umno membakar bendera DAP kerana sebelum itu ada kejadian yang memprovokasi mereka.
"Ada sebab mengapa mereka membakar bendera (DAP)," katanya kepada media di pusat beli-belah Aeon AU2 di Setiawangsa hari ini.
Walaupun tidak membuat penjelasan lanjut mengenainya, difahamkan Tengku
Adnan merujuk kepada tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang merobohkan
struktur logo Umno di Bangunan Menara Pulau Pinang di Jalan Macalister,
George Town 19 Jun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan