HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 Jun 2015

Lim: Desakan elak Arul, Shahrol disiasat PAC?

MALAYSIAKINI


 


Adakah desakan peguam Umno Tan Sri Shafee Abdullah bahawa pengkritik 1MDB perlu lepas jawatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC), menyediakan laluan bagi Arul Kanda dan Shahrol Halmi malah perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk memboikot siasatan jawatankuasa parlimen?

Dalam kenyatannya, tokoh parlimen DAP Lim Kit Siang memikirkan kemungkinan tersebut selepas Shafee mengulangi gesaannya supaya MP Petaling Jaya Utara Tony Pua melepaskan jawatan dalam jawatankuasa itu semalam.

Lim mempersoalkan sama ada Arul selaku presiden 1MDB dan bekas CEOnya Shahrol akan keluar dan memboikot sesi pendengaran PAC mengenai firma pelaburan itu diiringi Shafee sebagai peguam dengan alasan bahawa Pua "berat sebelah" dan enggan meletakkan jawatan sebagai anggota PAC

"Ini akan menyediakan duluan yang sangat baik untuk Najib, walaupun dalam undang-undang dan fakta beliau adalah pihak berkuasa yang terakhir meluluskan untuk 1MDB, tidak hadir depan PAC untuk menjawab seribu dan satu pertanyaan," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Langkah itu, katanya, mungkin akan menjadi bab empat 'The Empire Strikes Back' serangan kerajaan, selepas bulan berdepan serangan tidak henti-henti.

Pertama kali Shafee dilapor menggesa Pua melepaskan jawatan pada Khamis.

Bagaimanapun Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed mempertahankan Pua dan memberitahu Shafee supaya tidak campur tangan dalam urusan jawatankuasa itu.


Tiada ulasan: