HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 Jun 2015

Pelajar perempuan bergaduh hilang dari rumah

 
Nurul Raihan yang tidak pergi ke sekolah sejak empat bulan lepas selepas bergaduh dengan seorang rakan kelasnya bertukar sikap daripada ceria kepada seorang yang pendiam.


gadis longkang

 
PETALING JAYA: Ibu kepada salah seorang pelajar perempuan yang bergaduh dan visualnya diviralkan di laman sosial meminta anaknya pulang.

Menurut Kilijah Abu Bakar, 45, sejak dua minggu lalu, Nurul Raihan Rahman, 16, didakwanya gagal dikesan.

Ibu kepada enam orang anak itu ketika dihubungi FMT, memberitahu kehilangan anak gadisnya hanya disedari selepas anaknya keluar dari rumah pada 10 Jun iaitu sehari selepas mereka sekeluarga pulang dari bercuti ke Pulau Langkawi.

Katanya, Nurul yang tidak pergi ke sekolah sejak empat bulan lepas selepas bergaduh dengan seorang rakan kelasnya bertukar sikap daripada ceria kepada seorang yang pendiam.

“Dia bergaduh dengan rakan kelasnya sehingga terjatuh ke dalam longkang di sekolah ekoran perselisihan faham.

“Apa yang berlaku itu telah diketahui oleh guru disiplin dan tindakan menukar ke sekolah lain juga telah diambil ke atas rakannya itu,” katanya yang mendakwa rakan Nurul Raihan itu yang telah memulakan pergaduhan tersebut.

Bagaimanapun katanya, Nurul Raihan tetap tidak mahu pergi ke sekolah dipercayai masih lagi berasa malu dengan guru serta rakan-rakannya .

“Itu bukan kejadian pertama Nurul diperlakukan sedemikian oleh rakannya. Sebelum ini dia juga pernah mengalami nasib yang sama tetapi tidak seperti kali ini hingga dia terjatuh ke dalam longkang,” ujarnya lagi.

Kilijah berkata, usaha mencari Nurul Raihan di beberapa rumah rakan yang biasa dikunjunginya juga gagal hingga memaksa mereka sekeluarga membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan pada 14 Jun lepas.

Susulan kehilangan itu, dia yang kini menderita sakit buah pinggang merayu supaya Nurul Raihan, anak kelimanya, pulang segera.

Tiada ulasan: