THE RAKYAT POST
Ketua Penerangan UMNO,
Datuk Ahmad Maslan berkata perkara itu perlu difahami oleh kepimpinan
UMNO dari semua peringkat tidak kira dari cawangan, bahagian, negeri
mahupun pusat.
PONTIAN- Pemilihan UMNO hanya akan diadakan
selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dalam usaha parti itu dalam
memantapkan parti itu sekali gus menumpukan lebih perhatian kepada
kepentingan rakyat secara umumnya.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan
berkata perkara itu perlu difahami oleh kepimpinan UMNO dari semua
peringkat tidak kira dari cawangan, bahagian, negeri mahupun pusat.
“Tujuan utama kita (membuat keputusan
itu) adalah untuk menumpukan khidmat sepenuhnya kepada rakyat dan bukan
kepada usaha merebut jawatan.
Yang kedua, untuk mengelakkan perpecahan
(sesama anggota UMNO) terutama sebelum menghadapi pilihan raya umum akan
datang,” kata beliau kepada pemberita selepas program ‘Bersama Sehelai
baju.com Buat Menyapu Si Air Mata 2015′ di Masjid Jamek Parit Ibrahim,
Pontian Besar, pada Sabtu.
Beliau
berkata demikian ketika mengulas sama ada keputusan Majlis Tertinggi
UMNO menunda pemilihan UMNO yang sepatutnya diadakan tahun hadapan,
kepada 18 bulan dari tahun hadapan, boleh berubah sekiranya ada
permintaan daripada anggota-anggota UMNO.
“Pemimpin yang ada sekarang ini
terutamanya di cawangan dan bahagian, mereka telah dipilih sebelum ini,
jadi mereka patut diberi masa untuk menjalankan tugas mereka dan saya
kira tempoh yang sedia ada adalah baik untuk mereka memastikan amanah
yang diberikan kepada mereka itu boleh dilaksanakan sebaik mungkin,”
kata Ahmad.
Ahmad, yang juga Anggota Parlimen Pontian
itu berkata penangguhan itu bukan bermaksud parti itu mengekang
demokrasi, tetapi menangguhkan pemilihan untuk kebaikan yang lebih besar
dan dalam masa yang sama mengelakkan sebarang kemudaratan dalam parti.
“Perkara (penangguhan) ini sudah biasa.
Kita dah buat zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, diikuti dengan Tun Abdullah
Badawi dan sekarang Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia bukan satu perkara
yang baharu,” kata beliau.
Ahmad berkata keputusan itu dibuat secara
konsensus termasuk sokongan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin
Yassin, yang bersetuju supaya tidak ada pertandingan pada semua
peringkat tahun hadapan dan bagi tempoh 18 bulan selepas itu.
Beliau yang juga Timbalan Menteri
Kewangan berkata keutamaan sekarang adalah bagi Barisan Nasional (BN)
memenangi PRU14 sekali gus meneruskan kelangsungan parti.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/28/pemilihan-umno-hanya-selepas-pru14/#ixzz3eJyRSIZu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan