THE RAKYAT POST
Orang ramai beratur untuk
membeli tiket bas ke destinasi masing-masing di Terminal Bas Selatan
sempena cuti Hari Raya Aidilfitri akan datang. - Foto TRP/Azrol Ali
KUALA LUMPUR- Penjualan tiket bas express mahupun kereta api untuk pulang berhari raya di kampung sudah mula dibuka di kaunter-kaunter bas sekitar ibu negara dan kebanyakannya mula dijual sejak hari pertama puasa.
Tinjauan The Rakyat Post hari
ini di sekitar stesen bas di Kuala Lumpur menunjukan banyak
kaunter-kaunter bas mula membuka jualan tiket untuk hari raya, malah ada
sesetengah destinasi sudah mula kehabisan tiket.
Menurut Shamaini Ham, penjual tiket bas
Sani Express berkata, penjualan tiket bas pada tahun ini sudah dibuka
sejak awal lagi kerana permintaan ramai, malah harga yang dikenakan
masih sama seperti tahun-tahun lepas.
“Pantai timur adalah destinasi yang
paling popular oleh pengguna kami dan seperti tahun-tahun sebelumnya,
tiket ke pantai timur paling cepat kehabisan.
“Pihak
kami mula membuka penjualan tiket untuk pulang berhari raya pada
pertengahan bulan puasa lagi dan sehingga ke hari ini jualan tiket mulai
meningkat hari demi hari,” katanya lagi.
Bagi Hanizah Rafiah, iaitu penjual tiket
bas Matahari Express yang khususnya untuk perjalanan ke utara berkata
bahawa penjualan tiket pada tahun ini amat menggalakkan namun tiket
perjalanan seperti ke Butterwoth, Sungai Petani, Jitra dan lain-lain
masih ada.
“Penjualan tiket bas baru dibuka jadi
tiket masih ada untuk dibeli, namun saya nasihatkan kepada pengguna
supaya membuat persiapan awal bagi mengelakkan tiket bas habis, tambah
beliau.
Sementara itu, bagi pengguna yang mahu
pulang menaiki perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM), penjualan tiket
sudah dibuka sejak sebulan lepas bagi perjalanan ke Ipoh, Woodlands
(Singapura) dan juga utara.
Menurut Jurucakap KTMB, Mahani Che Lah
berkata, kaunter tiket mula dibuka sebulan lalu dan kerana itu penjualan
tiket sudah mulai penuh kerana peningkatan pengguna untuk pulang
berhari raya.
“Tiket kereta api KTM sudah mula penuh
kerana kaunter sudah dibuka sejak sebulan lalu, namun harga yang
dikenakan masih sama dan tiada peningkatan oleh GST,” kata beliau ketika
dihubungi oleh The Rakyat Post.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan