Penangkapan Xavier Andre Justo menampakkan strategi yang digunakan jentera komunikasi parti dan propaganda Najib tidak bijak
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad masih menyimpan banyak lagi “rahsia benar ” mengenai 1MDB yang akan didedahkan satu demi satu dan bila perlu akan didedahkan semuanya dan bukan hanya Sarawak Report sumber maklumatnya.
Berdasarkan pengalaman sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau dikenali sebagai seorang yang mementingkan fakta yang benar dalam sesuatu isu yang dibangkitkannya terutama berhubung kepentingan negara.
Ia dibuktikan beliau dalam kes pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di mana Dr Mahathir dikatakan begitu teliti sebelum tindakan diambil.
“Dalam kes Anwar Ibrahim beliau tidak mahu percaya tentang kelakuannya yang diadukan oleh beberapa pihak termasuk oleh Ketua Polis Negara sendiri sehinggalah orang yang mengalaminya bercerita sendiri kepadanya,” tulis Tan Sri Zainuddin Maidin di entri blognya, zamkata.blogspot.com.
Oleh itu, beliau berpendapat penangkapan Xavier Andre Justo dan kaitan kononnya maklumat yang disalurkannya kepada Dr Mahathir tidak akan memberi impak.
Bahkan ia menampakkan strategi yang digunakan jentera komunikasi parti dan propaganda Najib tidak bijak.
“Dari awal lagi strateginya adalah tidak bijak. Sepatutnya Bernama digunakan sebagai punca atau penyebar berita mengenai tangkapan Justo itu atau menggunakan agensi berita asing yang juga boleh diupah seperti upahan besar yang diberikan kepada penulis-penulis blog tertentu. Akan lebih berkredebiliti jika tidak datang dari akhbar yang diketahui umum terarah dan terkawal,” bidasnya.
Banyak perkara yang menimbulkan keraguan terhadap tangkapan itu.
Selain wartawan New Straits Times yang sedia menunggu di Bangkok, pelbagai aspek lain menunjukkan ia dibuat dengan terancang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan