THE RAKYAT POST
Rafizi mendakwa Pengerusi
Mara, Tan Sri Annuar Musa mengetahui tentang skandal Mara sejak Mei
tahun lalu namun tidak berbuat apa-apa mengenainya.
KUALA LUMPUR- Pengarah National Oversight & Whistleblowers (NOW) Rafizi Ramli mendakwa Majlis Amanah Rakyat (Mara) mempergunakan lebih lapan syarikat untuk menyembunyikan perbuatan mereka selepas membeli empat hartanah di Melbourne.
Rafizi berkata, dengan menggunakan ‘lapisan’ syarikat ini, ia dilihat Mara cuba untuk menyembunyikan pembelian berkenaan.
Katanya untuk hartanah di 333 Exhibition
Street dan 51 Queen Street, Mara menggunakan nama syarikatnya di Labuan,
Singapura dan Australia untuk pembelian.
Dia turut mendakwa Pengerusi Mara, Tan
Sri Annuar Musa mengetahui tentang skandal Mara sejak Mei tahun lalu
namun tidak berbuat apa-apa mengenainya.
“Beliau berlagak seolah-olah tidak mengetahui apa-apa mengenai skandal Mara dan tidak buat apa-apa mengenainya.
“Kami
mempunyai bukti bahawa beliau sendiri tahu mengenai hartanah berkenaan
kerana beliau bersama delegasi Mara diberi penerangan di Melbourne
mengenai hartanah terbabit pada 20 Mei tahun lepas di mana ia turut
dihadiri oleh Datuk Lan Allani yang bertangunggjawab dalam pembelian
itu,” katanya pada satu sidang media, hari ini.
Rafizi berkata, empat hartanah itu adalah
di 746 Swanston Street, Dudley International House, 333 Exhibition
Street dan 51 Queen Street.
Annuar katanya sepatutnya menyedari tanda amaran awal bahawa pembelian hartanah itu sepatutnya dikaji semula.
“Satu-satunya yang diketengahkan adalah
Dudley International House, akan ada lagi pendedahan terhadap tiga lagi
hartanah dalam minggu ini,” katanya.
Beliau berkata, bagi hartanah di 746
Swanston Street dan Dudley International House, ia didaftarkan di bawah
syarikat luar pesisir yang berdaftar di bawah British Virgin Island
(BVI).
“BVI adalah lebih ketat daripada Pulau
Cayman mengenai pendedahan maklumat berkenaan syarikat dan rekod
kewangan. Maklumat ini tidak tertakluk kepada pemerhatian awam,”
katanya.
Menurutnya, dua lagi hartanah dibeli di bawah tiga lapis syarikat bagi menyembunyikan tindakan mereka.
“333 Exihibition Street dipegang oleh
Powerwell Holdings Limited (berdaftar di Labuan) di mana ia dipegang
oleh Carton Garden Pte Ltd (registered in Singapore) dan Peters Equity
Pte Ltd (berdaftar di Australia).
“51 Queen Street dipegang oleh Vortex
Holdings Limited (berdaftar di London) yang dipegang oleh Marinn
Property Pte Ltd (berdaftar di Singapura) dipegang oleh Queville Pty Ltd
(berdaftar di Australia) yang kini memegang syarikat hartanah
berkenaan.
“Penggunaan tiga lapisan syarikat ini
tidakkah akan menimbulkan keraguan? Jadi bagaimana tiada orang dalam
Mara berkata apa-apa?” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan